Saturday, August 7, 2010

Premenstrual Stress Syndrome




Tekak loya ala-ala morning sickness
selera hilang
seharian kenyang
insomnia, sakit kepala
itu biasa
emosi menggila mood swing tetiba
manja ditafsir menggoda
marah cepat sangat membara
sekejap gelak sekejap menangis
yang lawak pun boleh jadi tragis.

Hari pertama
prostaglandin terlebih teruja
menjerut rahim
kerap
menggerak uterus
kuat
saraf sakit mula bergosip
merebak impuls perit
seluruh sistem menjerit.

Usus berpintal perut memulas
peristalsis defekasi kosong
sensasi rectum menjadi-jadi
bagai nak terkeluar segala isi
bersandar dalam tandas tak kisah kuman
tak sempat aku nak fikirkan keselamatan
dalam otak hanya ada satu perkataan
SAKIT.

Rengsa berselang-seli
terduduk atas lantai
kaki longlai
kebas hujung jari
yang depan nampak ke belakang; yang belakang makin ke dalam
kelam
         demam
akhirnya satu actifed, dua buscopan ditelan
terlena aku dalam kedinginan.

Mungkin pengaruh epilepsy 
progesterone menurun
estrogen meningkat tinggi
lalu kekejangan berganda dialami
tiba-tiba aku terfikir azabnya ibu melahirkan
ini baru dysmenorhoea
ovulasi penyingkiran sel mati.



6 ogos 2010
11:53pm

2 comments:

C L J said...

Rupanya rumus dari segala perit
terukir dalam gemulung awan berjela
tersimpul terkurang daripada
peri azabnya ibu melahirkan jua
yang nyata dalam hitungan sedar
mengerti akan betapa derita
ibu dengan sejuta harapan
meneran kelahiran itu

Dan bagaimana pula
perihal perit diancam bimbang
ibu pertiwi mengaturkan masa depan
agar pasti selamat sejahtera
buat seluruh warga
bakal menyusul
usia ke usia.

Cahaya Kekasih said...

hehe...terima kasih singgah membaca :)