Selsema
Merobek lobang hidung puasaku
Yang menyala pukul tiga
Kewajipan kugenggam sedaya
Qith’ah alif lam mim shod
Kuredah helainya.
Teruskan…
Juzuk demi juzuk berlalu
Tak kedengaran
Berdengung telinga
Tak kelihatan
Bergenang mata
Aku terlena
Dalam imaginasi rindu
Suara kamu.
Rintik hujan membasahi dosa
Yang kumohon dikafarah (ditutup dan diampun)
Bila sa’ah datang menjengah; membuka
Tembelang amalku.
Gelora lima belas lapan
Nukilan sembilan sembilan
Ikut rekod
Berjuntai sesawang laman
Damai lima belas lapan
Bertemankan air mata langit
Jirus kenangan
Segarkan pengalaman
Aku.
“Ya Allah ya tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, selamatkanlah kami dari siksa api neraka”
Rizzy ft. Cahaya Kekasih
5 Ramadhan 1431 / 15 Ogos 2010
19:18am
No comments:
Post a Comment