Friday, August 13, 2010
DUET: dRama(dhan) 3
Lemah badan dipaksa berdiri
Aura keinsafan
Rasuklah hati
Jangan pergi-pergi.
Dalam minat membaca elektrik lari
Bercempera; hilangkan cahaya monitor
Aku berjemur
Angin memukul iman yang longgar
Menanti kering jadi basah
Kepala terbayang sesak-sesak kota
Pernah dulu jadi santapan
Di office animation
Aku lena didodoi lesu hilang daya;
"Scene kau dah siap ke belum?"
Sekarang;
"Petang nanti tolong mak masak tau."
Mula puasa;
Dahaga.
Siapkan tempahan;
Demam.
Seharian tanpa lagu suci;
Sunyi.
Seluruh lemah rasa segar walau patah
Kopi panas di tekak; membasah.
Terawih atas niat dalam penat
Solat berehat-rehat
Buat buat buat...!
Cahaya Kekasih ft. Rizzy
2 Ramadhan 1431 / 12 Ogos 2010
21:25pm
Labels:
2010,
dRama(dhan),
kolaborasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment