Saturday, August 14, 2010
DUET: dRama(dhan) 4
Penghulu hari pertama
Membenam maksud hikmah sedalam makna
Penghulu bulan.
Iman tercungap
Terjerut dengki talian
Hayat nyawa-nyawa ikan
Sesak nafas sabar
Tercabar
Hati lapar.
Bangunku ke masjid
Melekit sekilas malas-malasan
Sahur yang awal
Bingkas hija'iyyah kutitip seiring
Talian yang masih kering
Server not found
Try again.
Sepintas zikirku putus
Menelan sejuta nafas noda-noda
Si dia tertawa.
Mee hoon sup kusedut sekadar
Mengukir jejak maghrib, isya', terawih
Berpimpin tangan
Menanti moreh yang hambar.
Soalan berpusu-pusu
Buru-buru kawan baru
Banyak kerenah
Penat aku marah
Naik darah
Tekanan tetap kurang
Rendah
Menjunam
Hilang
Setakat mee; tenaga tak berganti
Mak suruh makan nasi.
"Wahai Tuhan yang maha pengampun, jika tidak Kau ampunkan kami, maka sesungguhnya kami tergolong di kalangan mereka yang rugi."
Rizzy ft. Cahaya Kekasih
3 Ramadhan 1431 / 13 Ogos 2010
21:15pm
Labels:
2010,
dRama(dhan),
kolaborasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment