Tuesday, August 10, 2010
Duet: INTRO-KITA
Walau tak stereo mata
Manis bunyi kata kata
Singgah di hujung sudut masa
Dua puluh tiga
Berani menembusi ruang seni
Memberi kalimat metafora sakti
Kau tekad berdiri.
Bergedung ilmu bergulung-gulung
berlipat-lipat
tersemat cermat
Pada tiap satu saraf akal
Satu memaut satu
Berpecah dua
Berganda tiga
Tak terkira
Kau cuba kaburkan dengan mereng interpretasi
Rendahkan dengan gedik aksi
Terang tetap terkesan
Tinggi perbezaan
Pada rumus dua puluh lima tolak dua
Berjawapan lima.
Ego patah tak terbelah
Termusnah tak terpecah
Tangis tak gundah
Kau gagah dalam rendah
Maksima
Walau tangan tak kemas
Kau ringkas tak lemas.
Cahaya bukan kekasih
Rindu bukan cinta
Tapi masih
Satu jiwa dua raga.
Rizzy & Cahaya Kekasih
10 ogos 2010
20:30pm
p/s: puisi intro untuk official duet page duet CK & Rizzy via Kapasitor.net
Labels:
2010,
kolaborasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment