Sunday, August 15, 2010

DUET: dRama(dhan) 5


Lenaku dari sahur berlagu kord C
Strumming  kekok bertukar triad  G dan F
Akustika Gadis Kebaya Biru
Dalam subuh yang lewat.

Air tangan puteri
Kacang tumbuk
Adun sebati
Gelegak dapur bubur lambuk
Sedekah anak yatim
Seberapa ikhlas
Puas.

Hari petang aku sambut
Dengan kalamNya dan solah
Mengikat janji haruman bubur gandum
Menanti senja.

Hari ini kakak puasa
Masuk hari ketiga
Berbuka juadah senyum
Bunga umur enam kuntum
Anak buah
                 Budak bertuah
Rambang mata banyak mengelamun
Air tebu disangka timun.

Rizzy ft. Cahaya Kekasih
4 Ramadhan 1431 / 14 Ogos 2010
20:55pm

No comments: