LIMA BELAS LAPAN
Lima belas hari bulan
jari ringan garu luka
toreh lagi
pilu air merah hati
menderas sungai benci
menyekat muara amaran
tenggelam laut kenangan.
Lima belas hari bulan
koyak kalendar, helaian ke lapan
tersebut al-kisah dongeng cinta
leret tahun ke lima (sepatutnya)
"...and they live happily ever after"
semua dusta.
Sudahlah...
itu cerita lama
aku pasti kau dah lupa
berapa banyak tanya bertanda
terukir dalam pisah tanpa paksa
kau rela.
15 Ogos 2010
03:50am
No comments:
Post a Comment