Wednesday, August 11, 2010

DUET: dRama(dhan) 1



Awal-awal dah booking cuti
Bukan curi tulang
Tapi tak dapat nak halang
Orang perempuan punya emergency
Nanti kena ganti.


Maghrib masuk
Aku macam tak percaya ia datang
Duduk duduk paksa diri bingkas bersolat
Terawih dengan mak
Tadarus dalam suhu bilik
Aku lapang
Nescafe jadi moreh.


Tadi aku dengar dia ngaji
Sejuk hati macam kepal salji
Senyum
Masa terhenti seketika
Biarlah orang nak kata apa
Dulu kecil kecil malas belajar
Dah besar-besar baru nak dengar.


Tak pernah kenal cuti
Maklomlah lelaki
Wajib tetap wajib
Happy walau sikit berat
Dalam hati cakap
'Harap-harap iman aku kuat..'


Cahaya Kekasih & Rizzy
-11 ogos 2010-
-04:10am-

No comments: