Showing posts with label Mazlan Mahadi. Show all posts
Showing posts with label Mazlan Mahadi. Show all posts

Monday, June 20, 2011

THE GREATEST GIFT



I do miss you
The face; I try to remember
The body; died of cancer
The soul; stays forever.

The wind must have told you
I’m engaged to a guy
Skinny and tall;
Just like the man mom always fall into
You.

I’m getting married with the earth
You and him; naturally the same
Ego, this is not a game
To bury the flames
True love, pray for the frame.

Without you, my guardian
Life is lonely
The sun without flower
The morning without glory
And the daughter without blessing.


19 June 2011 / 01:15 am

Tuesday, September 28, 2010

BAYANGKAN MALAM...




Bayangkan malam
terang menderang
dengan cucuh bunga api
memercik riang
melecur sepi
sementara.

Bayangkan malam
kelam; lilin terpadam
hati bulan mendongak
merenung muka bintang satu satu
helaian buku-buku rindu
tak terlihatkan
selamanya.

Bayangkanlah malam
aku tanpa kamu. 

27 September 2010
09:09 pm

p/s: rindu ayah.

Monday, June 21, 2010

IMAGINASI RINDU



Aku tulis dalam samar
Padam lampu
Rapat tingkap
Sengaja
Aku lakar kalimah rindu
Pada setiap dinding kalbu
Kerna aku pasti kamu nampak
Melalui malam-malam dingin
Acap kali mata ini terpejam
Aku akan membayangkan kamu
Peluk daku
Terlena dalam hangat dakapan
Maya
Aku sedar
Ia hanya mainan imaginasi
Mendambakan satu realiti
Ibarat mencabar kuasa Ilahi

Aku cuba tulis lagi
Tentang kamu
Dua puluh tahun mereka kira kamu mati
Dan aku terus merindu
Lelaki yang tak sempat aku kenali

Gelap ruang peraduanmu itu
Akan aku suluh
Dengan nama cahaya kekasihku
Berbintikan kamu.

20 Jun 2010
17:16pm


Saturday, September 19, 2009

RUMAH PUTIH AYAHANDA

esok
rutin tahunan berulang
sama mungkin berbeza
tanah itu akan dilawati lagi
ampun anakmu jarang sekali hampir
sekadar lalu jarang menyinggah
menjejak kaki ke rumah putihmu
betul-betul di sebelah masjid
kejirananmu terlalu sunyi tanpa suara
kosong tanpa bayang manusia nyata

pedulikan kata orang
pada mereka mungkin anakmu berdosa
salah dan bersalah
lupa padamu yang pergi terlalu lama
lupakah aku?
lupakah kami?
aku tak tahu tentang abang dan kakak
pastinya mereka lain
mereka sempat bermanja dan dimanja
aku hanya punya satu ingatan tentangmu
itupun kabur entah kenyataan entah khayalan

mak kata aku sepertimu
disenangi ramai kenalan
suka membantu bila termampu
bicara ramah tak kira kasta
tapi baran jika tersilap cara
aku bangga
memiliki raut sesempurna wajahmu

puas kucongak
mengapa hati tak berperasaan
air jernih tak terbit di tubir mata
hanya memandang kosong dua batu nisan
sambil menadah tangan memberikan doa
maaf aku anggap kamu tiada di situ
kerana aku adalah jelmaanmu
maka tempatmu adalah dalam diriku
sentiasa bersatu

saat ini
aku teramat bahagia
bunga tidak terus mati
kembang menguntum mekar
bukan di taman indah
tapi cukup seri lamannya.

*selamat hari raya aidilfitri...*


malam raya~19 september 2009

-21:20p.m-



pagi syawal 2009