Thursday, August 12, 2010

DUET: dRama(dhan) 2



Kroh kroh kroh kroh
Mimpi dalam mimpi
Bunyi bunyi deringan gitar
Aku bangun tengah hari
Solat solat terus online
Aku membaca.
Kosong kering
Macam perut yang berlobang
Tak ada orang
Talian ini aku tumpang
Busan.

Semangkuk sup cendawan; sekeping roti
Alas perut menu tengah hari
Petang perut bunyi-bunyi
Nyanyi-nyayi lagu terkini
Sumbing salur alimentari
Sumbang tiub Eustachio
Jus gaster daki esofagus
Masam tekak
Pedih ulu hati
Kalah orang puasa sehari.

Merangkak senja
Dekat waktu berbuka (bagi yang puasa)
Sayu tiba-tiba meluru
Mengacu peluru seluruh penjuru
Senyum rabak
Kasih lama koyak
Leleh air mata syahdu
Rindu
Halakan pada yang baru.

Meriah berbuka macammacam
Kari, pepsi, bubur, udang
Kawan sedih, aku senyum sumbang
Lepas terawih taip lagi
Puasa dah lepas sehari
Syukur.

Rizzy ft. Cahaya Kekasih
1 Ramadhan 1431 / 11 Ogos 2010
22:30pm

No comments: