Monday, October 26, 2009

CEMBURU

rasa apakah ini
menikam-nikam kalbu
memancut aliran merah
menyucuk-nyucuk hatiku
berlubang-lubang jadinya

rasa ini tak datang selalu
sesekali singgah
sakitnya bukan kepalang
mujurlah cepat hilang
kerana azabnya perasaan
tak mampu kutahan

aku benci perasaan ini
cemburu tandanya tergugat
cemburu tandanya tercabar
cemburu tandanya takut
cemburu tandanya aku sayang kamu.

~26 oktober 2009~
00:40am

18 comments:

Dhamah Syifflah said...

cemburu aku pada dirimu...
kerana kau sentiasa lebih dariku...
bisakah hilang cemburu...
jika kau tidak sudi...
memberikan aku ilmu...

Cahaya Kekasih said...

huhu...

tak perlu cemburu pada cahaya ini,
kerana kurangnya banyak..lebihnya tiada,
jauh sekali berkata tidak sudi,
tapi ilmu apalah yang saya ada?

Dhamah Syifflah said...

cemburu ku ini...
tidak perlu diungkap...
kerana ku tidak mengerti...
ku tidak fahami...
mengapa cemburu melanda...
disaat ini...

Dia menjadikanmu...
membuatku cemburu padamu...
sudilah kau...
berkongsi cahaya Kekasihmu itu...
kepada ku...
biar hilang cemburu...
apabila ku mengerti...
apabila ku fahami...
mengapa Dia menjadikanmu...

Cahaya Kekasih said...

siang dipancar mentari
malam disuluh purnama
mata tak betah diterangi
tapi hidup tetap perlukannya

kuingin jadi cahaya
memenangi kekalahan sendiri
kuingin jadi cahaya
membakar semangat nurani
kuingin jadi cahaya
menyinari hari demi hari

aku hanya ingin jadi cahaya
biar kecil tak sebesar mana
asal mampu memancar
menyuluh
menerangi
menyinari
hati yang mengasihi diri ini

Dhamah Syifflah said...

aku tidak bisa...
jadi cahaya...
bagaimana aku...
bisa jadi dirimu...

menerangi alam...
menyuluh gelap...
membuka cahaya-cahaya malam...
agar terang...
menyukuri nikmatNya...

aku bukan cahaya...
aku hanya mampu membakar...
daun-daun layu ditepai pantai...
agar dapat aku menerangi hati...
yang sepi dalam pencarian ini...

sinarilah hidupku...
supaya aku bisa berjalan...
dalam terang...
dalam keterangan...

kerana cahaya Kekasih...
hanya untukmu...
bukan untukku...

Cahaya Kekasih said...

cahaya kekasih
itu namaku
memang namaku
biar tak tertulis dalam sijil kelahiran
tak tercatat pada kad pengenalan
dan takkan terpahat atas batu nisan
ia tetap namaku
makna tersirat
nama yang tersurat

cahaya kekasih
indah dilihat
cantik ditulis
lembut disebut
tapi
mengusik sensitiviti
mencetus kontroversi
mengundang iri
mereka yang tak memahami

aral sentiasa di sisi
kadang menegak
kadang melintang
meruntun kesabaran
mengoyak ketabahan
aku tak sekuat yang kau sangka
tak segah yang kau mimpikan
sesekali aku ingin berhenti
menjadi cahaya
kepada yang mengasihi

GHAFAR BAHARI said...

Pada sesuatu yang tidak pernah kita duga
pertemuan berlaku adalah rutin kehidupan
bagai sunyi pagi dihias mentari
bagai sunyi malam dihias bulan
dan bintang bintang
kita tetap satu haluan tetapi
begitu banyak jalan berliku
yang harus ditempuh
tetapi kita terus mengharap keredzaannya
satu didalam semua
semua kepada yang satu

Cahaya Kekasih said...

i'm speechless!

glad to know u, abah :)

GHAFAR BAHARI said...

Pada ketenangan langit biru hijau pohon
di sana seharusnya ada burung burung beterbangan.
Pada kolam teratai sunyi seharusnya ada anak anak ikan ikan kecil berkejaran.

Dhamah Syifflah said...

Kau memalukan ku...
Dalam berjuta bintang...
Cahaya KekasihNya...
Menghilangkan ku...

Aku perlu mengapai...
Aku perlu mencapai...
Cahaya KekasihNya...
Agar terang jalan...
Agar terang pelabuhan...

Dalam satu nama...
Berjuta maksudnya...
Sehingga berebut...
Mendakap nama itu...

Aku mencari...
Cahaya KekasihNya...
Sudilah kau memberikan...
Kerana aku ingin...
Menjadi hambaNya...

Cahaya Kekasih said...

bukan niat untuk memalukan
cuma mungkin perspektif kita tak sama
jauh berbeza.

GHAFAR BAHARI said...

Cahaya telah lama terpancar dalam diri setiap insan, gilap lah ia dengan keikhlasan dan amalan.

Dhamah Syifflah said...

bukan itu maksud ku...
sememangnya berbeza...
tidak sama...

maksudku...
aku malu...
kerana kau temuiNya...
daripadaku...
lambatnya aku...
mendakap cahaya KekasihNya...

itulah tandanya cemburu...
melanda dibenak hatiku...

Cahaya Kekasih said...

tak perlu malu
kerana aku belum bertemu
cahaya yang kau impikan itu

cahaya kekasihku
hanya zahirnya sahaja
terangnya belum tentu
hanya mampu menguntum bahagia
mereka yang mengasihiku.

KEMBALISEPI said...

Cemburu itu mahu,
Cemburu itu tetap membeku,
Letakkan diarah yg tentu,
Pasti ia akan membentangkan sesuatu.

Dhamah Syifflah said...

mengapa begitu...
cahayaNya telah terpanar...
dibias melalui wajahmu...
terangnya sehingga silau...
hingga aku terpaksa...
menutup mata...
bukan kerana sakit...
tetapi takut terpesona...
sehingga lupa kepadaNya...

wahyu said...

Salam hormat dan rahayu.

cemburu pada cinta, pasti akan memiliki cinta, cinta pada Ilahi adalah cinta yang pasti, kerana pencinta ke yang Dicinta,taat dan patuh...

Bicarawahyu.

Cahaya Kekasih said...

uhuk2...

satu yang ramai tidak tahu
mataku bukan lagi seperti kamu
cahaya kekasih kalah pada cahaya
mataku tak betah diterangi sinarannya

:)

p/s : terima kasih semua sebab sudi jengah blog yang tak seberapa ni