Friday, October 30, 2009

SELAMAT PAGI, MATAHARI!

selamat pagi, matahari
kamu nampak hebat hari ini
terang-menderang
menyilaukan mataku
seperti selalu

matahari,
aku tak pernah salahkan cahaya
jauh sekali membenci
tapi aku terpaksa lari
terpaksa sembunyi
segan bertembung sinar
kalah bila dipancar

aku harap kamu faham
terangmu tak mampu kukawal
pupil takkan mengecil
sejak tragedi itu
melumpuhkan saraf kranial ketiga
mata kananku

aku harap kamu tahu
aku tekankan nama cahayaku itu
sempena rindu yang terbuku
terhadap kamu

selamat pagi, matahari!
harap bertemu lagi
suatu hari nanti.


30 oktober 2009
11:00 am

8 comments:

Dhamah Syifflah said...

bersembunyi dibalik balik cahaya...
agar pancaran dapat dikawal...
diatas mahupun dibawah...
kekiri ataupun kekanan...
didepan dan dibelakang...
didalam antara diluar...
semuanya cahayaNya menyinari...

mampukah bersembunyi...
apabila cahaya itu...
tepat menjunam...
kearah...
..............

Cahaya Kekasih said...

hehehe...

terima kasih dhamah..

bukan sengaja lari....

KEMBALISEPI said...

Cahaya yg memberi erti,
Terang dan hangat,
Panahan yg tidak berbelah bagi,
Kurnia yg patut dimengerti.

Cahaya Kekasih said...

terima kasih kembalisepi...

:)

wahyu said...

salam bicara.

cahaya hati, cahaya mata, cahaya kekasih, cahaya Tuhan, cahaya diri, cahaya alam, yang mana pasti kekal, mahupun berterusan umpama seiring tetapi tidak bertemu.

Yang pasti gelap gulita dapat disingkir atau dilenyap menerusi cahaya. Cahaya atau Nur, pasti mengatasi getaran...

carilah cahaya gemilang dalam hidup, supaya tidak kesepian dan gentayangan.

bicarawahyu.

Cahaya Kekasih said...

terima kasih bicarawahyu:)

hidup cahaya takkan gelap...sentiasa diterangi cahaya kasih sayang :)

zamrie said...

terbang kesini dari dunia kolot, sekadar tertarik lalu meninggalkan jejak sebagai salam kenalan...

matahari masih perkasa sedangkan aku tak mampu menahannya...

Cahaya Kekasih said...

terima kasih zamrie :)

dunia kolot tak sekolot namanya, kan? hehe..

siang dpancar mentari
malam disuluh purnama
mata tak betah diterangi
tapi hidup tetap perlukannnya