Sunday, October 4, 2009

AKU, HATI DAN DIRI...

Satu ketika di sebalik lipatan waktu
Tidak terimbau kenakalan lalu
Biarpun katamu nakalku bukanlah lazim
Cuma lain dari yang lain

Kucuba dan kucuba lagi
Tercari-cari silap dahulu di celah rimbun memori
Sebelum terbit rintik keringat lelah
Aku gagal lagi untuk kesekian kali

Nasihat seorang pendidik yang lebih terserlah seorang teman:
Usah terlalu dipaksa diri
Kerna tiada sebesar zarah pun salah yang maha berat telah dilakukan

Kusut fikiranku terlerai sedikit
Mendengar gemersik suaramu itu

Sedang langit hitam suram tanpa kerdipan bintang
Jiwaku bergelora diasak pelbagai jawapan
Jawapan kepada soalanku sendiri dalam pencarian jati diri
Bagi seorang ibu, aku terlalu terperinci
Di mata seorang sahabat, aku dikatakan rumit
Pada seorang guru, aku seorang yang cerewet

Setelah kurenung dan kukaji
Apa lagi yang hendak dikata?
Memang sudah otakku terperinci fungsinya
Memang sudah peparuku rumit pembinaannya
Memang sudah jantungku cerewet sifatnya

Kurenung dan kukaji lagi
Di mana letaknya kepercayaan dan kemaafan
Dalam diri ini?

Tiga tahun menyepi
Kini aku kembali lagi
Menyandang harapan kabur tanpa senyum suria
Bersama rasa gembira berbaur bimbang
Mencari ruang memberi kepercayaan
Memberi peluang mencari kemaafan


~27/01/2004~

10 comments:

Dhamah Syifflah said...

diam tidak bermakna tidak tahu...
berkata tidak bermakna boleh percaya...

setiap manusia beza sifatnya...
tapi satu dipanggil manusia...
hanya rupa membezakan dia...
tetapi tetap menuju ke tempat yang sama...

kepercayaan dan kemaafan...
berlegar dalam keegoan...
hati menembusi ruang gelap...
akal meneliti yang dicari...
disitu satu cahaya terserlah dalam senyuman...
cahaya itu cahaya thaubat...
membuatkan kau dalam kepercayaan...
membuatkan kau dalam kemaafan...
lalu menari dalam kebasahan...
ini bukannya untuk malam yang pertama...
tetapi untuk seterusnya...

Cahaya Kekasih said...

:)

puisi baru ke ni?

Dhamah Syifflah said...

telah aku katakan...
tidak aku pandai berpuisi...
hanya menulis apa yang dicari...
agar terbuka takbir mimpi...
fantasi dalam realiti...

nampak seperti puisi...
tapi hakikatnya...
puisi itu bermainan psikologi...
supaya mudah menembusi...
ruang yang tidak kelihatan...

kau mampu lakukan...
apabila engkau tahu...
arah tujuan penyampaian...
seperti Rasul memberi ingatan...
siapa yang ditujukan...
pada aku kau Dia...

sebab itu...
Muhammad pandai berpuisi...
bukan berpuisi...
tetapi memberikan...
gambaran kepada sesuatu...
tidak terlihat mata...
tetapi mampu dilihat oleh hati...

itulah kehebatan kalimah...
kalimah yang mengagungkanNya...
disitu kau akan melihat...
betapa hebatnya puisi...
bukan puisi...
tetapi kata-kata seakan puisi...

Cahaya Kekasih said...

saya copy paste tulisan anda di atas ni untuk dikongsi dengan kawan2 facebook ye....saya tulis nama anda sekali....harap diizinkan..

Dhamah Syifflah said...

terpulang kepada mu...
telah tersedia didepan mata...
teruskan sahaja usaha...

jika engkau ingin berpuisi...
usahlah takut mengeluarkannya...
apa yang didalam hati berkata...
itulah kalimah indah...
jika engkau percaya pada diri...

gunakan sepenuhnya...
dengan pemberian akal...
kau mampu berpuisi...
dalam sekelip mata...

telah ku lihat cahaya indah...
dibalik namamu cahaya kekasih...
satu hari nanti kau pasti...
beroleh apa yang dihajati...

Cahaya Kekasih said...

terima kasih

satu persoalan yang sering bermain dalam minda....anda ini saudara atau saudari?

Dhamah Syifflah said...

soalan itu biasa aku dengari...
berbagai-bagai anggapan...
ada yang berkata itu...
ada yang berkata ini...
pada aku sama sahaja...
tetap manusia...

ikutlah apa yang hati kau katakan...
siapa pun aku...
itu tetap aku...

maaf...
aku tidak suka...
menjawap tentang diri aku...
biarlah ia menjadi rahsia...

kerana jawapannya...
siapa pun aku...
aku tetap hamba...
cukuplah bagi dirimu...
mengetahui aku manusia...

Cahaya Kekasih said...

takpe lah kalau begitu....sekadar bertanya saja...

terima kasih kerana selalu berkunjung ke laman yang serba kekurangan ini...

Dhamah Syifflah said...

tiada apa yang kurang...
semuanya sama beradat...
biarlah dimata kurang...
tetapi dihati padat...

kadang-kadang hati gelisah...
menjawap pertanyaan yang susah...
aku tidak tahu mengapa hati gundah...
apabila aku bertanya kepada Allah...

siapa aku...
yang dilamun cinta pada Mu...

Cahaya Kekasih said...

:)