Wednesday, October 14, 2009

JANJI

tarikh keramat
setelah sekian lama
mendalami hati menyelami fikiran
termeterailah sumpah janji
dua insan...sepasang kekasih
dengan lafaz akad
berwalikan si ayah

janji yang dilafazkan
bukan sembarangan
bukan mainan
ia sumpah penyatuan
dua hati
dua keluarga
dua tanggungjawab.

04/02/2004
~00:30+-am~

p/s: dedikasi buat pernikahan abang pada 04/02/2004...

2 comments:

iDAN said...

GALERI JANJI

Janji seharusnya sebati
janji semestinya setia
janji sebaiknya sehidup semati
janji sanggup berkorban segalanya
janji ada ikatan bukan perpisahan.

Sementelah hidup bersama
semakin kenal erti mungkir janji
seharian asyik mengingkari janji
berpaling tadah serta engkar janji
asyik berdusta nista menodai janji
bagaimana janji mahu ditepati.

Nan nyata janji Dia Nan Esa
adalah jitu padu kekal abadi.

Cahaya Kekasih said...

janji sebuah ikatan
pantang diuji
terus dimungkiri

p/s:
mereka didedikasikan sebuah puisi
tapi janji tetap dimungkiri
kerana jodoh ketentuan Tuhan
lenyap di tengah jalan