Sebelum ini
Hatiku dihiris sembilu
Fikirku kerana
Diriku dan mereka
Jauh berbeza
Semalam
Lukaku berdarah kembali
Entah apa alasannya
Kusendiri tidak pasti
Namun yang nyata
Dejavu asyik membayangi
Kini
Dilema menghantui
Antara hormat dan prinsip
Antara ego dan ekstrovert
Aku gagal mengimbangi
Salahkah aku
Jika enggan mengalah
Sepuluh jari kususun
Jika benar pendapatmu begitu
Usah dicanang pada semua
Memang sudah jelas tergambar
Kita tidak serupa.
29 OKTOBER 2003
4 comments:
Salam Cahaya Kekasih,
"salam kunjungan".
wslm...
terima kasih...
oit...huhuhu...tuka la layout ssh sket la nk bace
hehehehe...
~peace~
hehe...sowi2...aku pun memang terpk nak tukar tapi tak jumpa lagi yang best......blog ko nape aku tak boleh bukak ek?
~S&S~peace
Post a Comment