Monday, August 17, 2009

CAHAYA KEKASIH 2

cahaya kekasih
itu namaku
memang namaku
biar tak tertulis dalam sijil kelahiran
tak tercatat pada kad pengenalan
dan takkan terpahat atas batu nisan
ia tetap namaku
makna tersirat
nama yang tersurat

cahaya kekasih
indah dilihat
cantik ditulis
lembut disebut
tapi
mengusik sensitiviti
mencetus kontroversi
mengundang iri
mereka yang tak memahami

aral sentiasa di sisi
kadang menegak
kadang melintang
meruntun kesabaran
mengoyak ketabahan
aku tak sekuat yang kau sangka
tak segah yang kau mimpikan
sesekali aku ingin berhenti
menjadi cahaya
kepada yang mengasihi


17 ogos 2009
13:10 pm

5 comments:

munif said...

...amat menyentuh hingga ke pangkal hati sajak ni...hanya jauhari yang mengenal manikam.

Cahaya Kekasih said...

memang ia kata hati saya....saya tak pandai nak tulis bahasa puitis berbunga2...nanti sendiri baca tak faham...

Cahaya Kekasih said...

sape la yang tak faham ni...huhu..

Pengembara Masa Yang Singkat said...

jgn berhenti menjadi cahaya....
sinarilah kami...
dan juga
dunia...

Cahaya Kekasih said...

kadang2 penat la..