Wednesday, August 12, 2009

PELITA MALAM

ketika itu
entah berapa usiaku
namun sedetik pun
tidak pernah kulupa
hadirnya sebatang lilin
membakar diri menerangi alam


masihku ingat
tarian jemarinya
gemersik suaranya yang
tidak pernah jemu
membangkitkan semangat kami
yang sering terlena

hingga ke hujung nyawaku
akan mekar dalam kenangan
seri wajahnya yang
semakin dimamah waktu
kedut kulitnya yang
dilapisi debuan kapur
berat langkahnya mengheret sarat ilmu
hanya kerana kami
peneraju masa hadapan.


13 oktober 2003

No comments: