Wednesday, August 26, 2009
DIA YANG BARU KUKENALI
aku tersenyum sendiri
mengenang seorang sahabat baru
bakal bertambah lagi usianya
menjarak jauh dari umurku
dia yang baru kukenali
cuba bangkit dari kekalahannya sendiri
menumpang teduh bawah payungan
ketika cahayaku kelam
hampir lenyap dalam keletihan
menerangi yang mengasihi
dia yang baru kukenali
membayangkan impiannya terlalu tinggi
membungakan kagum di hati
harapanku agar dia tidak berhenti
terus memperjuangkan misi
yang terlalu murni
dia yang baru kukenali
genap lapan hari.....
p/s: selamat hari lahir, uncle Munif <3
~26 ogos 2009~1400pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam cahaya,
Kawan menangis, sorang
payah
Kawan ketawa, juta
juta
Hargailah
dia
Moga berkawan
kerana-Nya
wslm, abuyon...
salam cahaya!
wslm, syahrul helmi!!
hehe
Post a Comment