Tuesday, July 27, 2010
AMNESIA
kau tahu apa rasanya?
bila nampak muka sendiri dalam bayangan hologram asing
menarik-narik penglihatan
kau cuba mara setapak
mendekati
terlanggar cermin ilusi
makin kau dekat
makin ia pergi
menjauhi
kau tahu bagaimana rasanya?
bila terngiang suara sendiri dalam bisikan luar hakiki
memanggil-manggil pendengaran
kau cuba fokus pada cuping
menggendang telinga
sunyi
makin kau dengar
makin ia sayup
menghilang
kau tahu apa maknanya itu semua?
yang terang
tapi kabur
yang lantang
tapi sepi
memaksa minda bawah sedar
menggerak otak tepu
hati kosong
jiwa hampir terpesong
itulah kenangan masa lalu
yang setia aku tunggu
kembalinya
sedikit demi sedikit
waktu demi waktu.
27 July 2010
02:45am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Gambarankah
Bayangankah
Hakikikah
Illusikah
Sama jua ia
Ada kembaranya sendiri
Adalah masa dekat ia
Adalah masa jauh ia
Adalah masa ia hadhir sendiri
Ada masa ia hilang sendiri
Kerana alam dan kejadian
Sudah dijanjikan
berlapis dan berulangan
Maka kita bergelar insan
kenalah redha menerima seadanya
Tabah adalah ukuran hati
menyukat tulin sejati
seorang pejuang
terima kasih, uncle....sudi singgah ke sini..
semoga sihat selalu cahaya kekasih..............................................................
Post a Comment