Friday, July 30, 2010
BUKAN CINTA PANDANG PERTAMA
seputar penafian kau bentang
lilit terbelit telinga
aku diam mendengarkan
katalah apa saja
katakan kau tak suka
aku tetap percaya
bukan itu yang kau rasa (sebenarnya).
jangan ditanya bagaimana
cetek akalku
tembak tembus
dalam jiwamu
ruang separa sedar bersegi lapan
terkepung memerangkap perasaan
terkam redup renungan
tertikam
mataku berkaca di balik kaca matamu.
biarpun itu bukan cinta
ia tetap pandangan pertama.
30 JULAI 2010
21:14pm
Labels:
2010,
hikayat cinta,
tentang Redzuan Zakaria
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sedap..
dalam kornea ku, ada kamu.
=))
sedap boleh makan la eh :)
matamu
mata aku
mataku
milikku satu.
Sinar itu berkaca
bila rasa terpancar dari hati
yang tertarik pada sesuatu
yamg mendorong keseronokan
kerana ada tarikan menyeronokkan
Tidak tahulah ilmu ku
rasa itu apa sebenarnya
namun cinta cuma satu kemungkinan
yang masih memerlukan masa
mengkaji melalui proses
pengalaman dan ujian
anika rupa bentuk pengalaman
menguji kesediaan an kerelaan
kesediaan memberi dan meneriam
dalam sukaan dan bencian
dalam seronok dan bosan
dalam tertarik dan penolakan
kerana istilah cinta jauh lebih mendalam
dari perkataan dan ucapan terungkap
ia ikut mengandungi
kesediaan untuk merelakan
kesanggupan untuk berkorban
dalam saring tapis kerelaan untuk berkorban
Semuga anak anak sedang mencari kehidupan
tidaklah mudah terperangkap
dalam kata terlafaz
bahasa terungkap
hehehe....tak terjawab saya kata2 uncle tu :)
terima kasih.
Post a Comment