Saturday, January 23, 2010

VIRUS PENAWAR






lalat oh lalat
kenapa engkau
suka mengacau
meracau sasau
timbang akal senget
dacing hati rosak
atau itu caramu bergurau?


virus tak mampu meresap
bernanah berulat
jiwaku tertelan vaksin
pelali serangga perosak
pemangkin antibodi
membuak
meletus gunung berapi


aku takkan mati
orang putih kata
yang tak memanggil maut
boleh jadi ubat kuat
penambah perisa
garam gula
sedikit asam jawa
rencah hidup
perjalanan berjaya
seorang manusia


23 Januari 2010
21:20pm

4 comments:

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

sajak ni best
abah baca berkali kali
sungguh luar biasa
lain dari yang lain.

Cahaya Kekasih said...

huhu...ape yg luar biasa tu bah? leh terangkan sikit?

setiakasih said...

Salam..
sajak yang 'comel'.

Cahaya Kekasih said...

wslm

tq kak..hehe