Thursday, January 21, 2010

ARUS







dalam pelayaran yang baru kumulakan
hadir sama dua peneman
seorang datang menawarkan diri
seorang lagi hadirnya kucari

peneman pertama dan peneman kedua
kontra punca perkenalan mereka
berbeza jantina memang ketara
bercanggah pendapat lumrah dunia
seorang wanita punya ketegasan
seorang lelaki terselit kelembutan

di akhir senaraiku yang berjela
tercatat satu persamaan mereka
satu kebetulan satu suratan
pabila laut bertukar wajah
kedua-duanya ghaib entah ke mana
meninggalkan aku terumbang-ambing
mengemudi bahtera di tengah gelora

16 Disember 2003

4 comments:

setiakasih said...

Mm... tentang siapa ya?

Cahaya Kekasih said...

ni puisi lama..masa sekolah dulu....ttg dua org cikgu saya..yang mahu bimbing saya jadi penulis...tapi lps tu dua2 sibuk...satu cerpen je mereka sempat beri tunjuk ajar..hehhe

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

sajak ni pun ok

Cahaya Kekasih said...

hehe...sajak awal2 dulu zaman sekolah..