Wednesday, January 13, 2010
BAYANGAN KEKASIH
malam tadi tidurku lena
tanpa dia
ulang tayang
minta dilepaskan
aku bahagia
menjadi sahabatnya
hanya itu
selayaknya untukku
entah kenapa
celik pagi ini
terbayang dia
terbiasa
ringan hati menitip selamat
seperti pagi-pagi sebelumnya
tika dia masih kumiliki
tapi tidak lagi kini
pendam segalanya
elak salah sangka
kuatkah aku
menebang pokok cinta
menanam benih cekal
sebuah persahabatan
mesti cuba
perlu berjaya
kerana itu juga
yang terbaik untuknya
kemahuan semua.
13 Januari 2010
11:30am
Labels:
2010,
hikayat cinta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Hati harus bangun,
Jgn mengharap pada yg pergi,
Kuatkan semangat cekalkan azam,
Pastinya cahaya akan menyinar kembali.
memang tak mengharap dia kembali.....mungkin itu yang terbaik..
Aku harapkan yang terbaik buatmu..
terima kasih..
sinar hari esok akan terus menjelma
bagai sinar sang suria.
harap begitu lah bah...
salam cahaya,
Barangkali, cinta itu
adalah melepaskan
wslm
ya abuyon.....itu yang saya faham sekarang....jika saya benar sayang...mesti saya boleh lepaskan utk kebahagiaan dia kan...dan utk saya juga..
sajak ini pun abah ambil untuk majalah, best.
ok abah
Post a Comment