kamu datang tak berjemput
menumpang terang cahaya alam
manis mulut berbicara
lembut gigi dari lidah
bercabang tidak
semua benar bukan helah
aku tak tahu
apa kamu cari
dalam silauan mentari
apa kamu mahu
dari pancaran ultra-ungu
perit tidak pada kulitmu
tapi aku
aku kamu tatang
sarat kasih sayang
sebelum angin monsun bertiup kencang
mencampak selendang kasih
tanpa belas kasihan
hancur bersama runtuhan
lupakan rentetan persahabatan
hanya kerana cemburu perempuan
aku benci kamu
bukan kerana agungnya cinta
bukan kerana cemburunya dia
tapi pendirianmu, kawan
seringan awan
sentiasa berubah kedudukan
untuk apa kembali
berkali-kali
hanya untuk menyakiti
24 Nov 2009
~22:40pm~
4 comments:
uncle suka ayat yang last tu.."untuk apa kembali, berkali-kali,hanya untuk menyakiti".. harap bukan uncle macam tu..
heheh...saya pun harap tak ada lagi orang macam tu muncul dalam hidup saya..penat dah....
bila dah terbiasa..jadi imune kan cahaya?
nakkata immune tu tak tahu la...tapi bila asyik kena benda yang sama...rasa cam tak peduli lagi da...baik kite dulukan diri kite dulu dari orang yang macam tu
Post a Comment