Wednesday, November 4, 2009

SEMALAM

hari ini sama dengan semalam
kelmarin dan hari-hari sebelumnya
semua seangkatan
tak banyak membezakan


hari ini masih membenci semalam
kasihan semalam
tak tahu hujung pangkal
tiba-tiba dibenci
kasihan sekali


gagalnya semalam
bukan satu kegagalan
gagalnya semalam
masih boleh dijayakan
gagalnya semalam
jangan dipadam
jahit dalam ingatan
kelak jangan diulang
belajar dari pengalaman

hari ini akan jadi semalam
sebaik esok bertandang
apalah dosanya menjadi semalam
esok datang pasti menghilang.


18:00 pm
~4 nov 2009~

2 comments:

wahyujatmika said...

salam bicara.

pabila ruang dan waktu dipenuhi jisim dan jirim, pasti peristiwa berlaku, sama ada hari semalam, hari ini, mahupun hari yang mendatang.

Setiap insan perlu bertanggungjawab apa yang telah terjadi selama ini.

bicarawahyu.

Cahaya Kekasih said...

terima kasih, bicarawahyu :)