Friday, October 30, 2009

Fun Quiz @FB~personality

cahaya took the quiz "What color is your personality?" and got the result: PURPLE!

Purples are mystical, suggesting sensitive intimacy, enchantment, the blurring of thought, desire and reality. You long for wishes and may hold out hope of something great happening. You love to charm others and be accepted. ...You probably day dream alot & you may get so tangled up in your dreams you forget about reality. You have a great gift of identifying with others even if they are unlike you. Purple or Violent personality's can sometimes be a bit insecure, vulnerable & approval seeking. You appear mysterious to others around you and they want to know more. You have a forgiving heart & try to see the best in everyone.

p/s: am i??

SELAMAT PAGI, MATAHARI!

selamat pagi, matahari
kamu nampak hebat hari ini
terang-menderang
menyilaukan mataku
seperti selalu

matahari,
aku tak pernah salahkan cahaya
jauh sekali membenci
tapi aku terpaksa lari
terpaksa sembunyi
segan bertembung sinar
kalah bila dipancar

aku harap kamu faham
terangmu tak mampu kukawal
pupil takkan mengecil
sejak tragedi itu
melumpuhkan saraf kranial ketiga
mata kananku

aku harap kamu tahu
aku tekankan nama cahayaku itu
sempena rindu yang terbuku
terhadap kamu

selamat pagi, matahari!
harap bertemu lagi
suatu hari nanti.


30 oktober 2009
11:00 am

Wednesday, October 28, 2009

KENANGAN

selama ini
setelah musibah itu
hidupku terasa kosong
kosong tanpa kenangan
penuh warna kekeliruan

dalam gelap lindungan suria
muncul purnama mengambang penuh
menayang senyum masa lalu
membekal semangat juang
memenangi perang
emosiku sendiri

memori itu
mungkin bagimu hanya sapaan bayu
tapi bagiku
ia umpama bayang awan mendung
di atas tanah kontang
ia adalah bukti
aku tidak sendirian.

~27 Disember 2003~

Monday, October 26, 2009

CEMBURU

rasa apakah ini
menikam-nikam kalbu
memancut aliran merah
menyucuk-nyucuk hatiku
berlubang-lubang jadinya

rasa ini tak datang selalu
sesekali singgah
sakitnya bukan kepalang
mujurlah cepat hilang
kerana azabnya perasaan
tak mampu kutahan

aku benci perasaan ini
cemburu tandanya tergugat
cemburu tandanya tercabar
cemburu tandanya takut
cemburu tandanya aku sayang kamu.

~26 oktober 2009~
00:40am

Tuesday, October 20, 2009

SAMPAI BILA...?

bila aku diam
kau juga mendiamkan
bila aku nanti
kau juga menantikan
bila aku biar
kau juga membiarkan
sampai bila?

dalam diam aku menanti
menbiarkan rindu
memenuhi jauh jarak kita
sampai bila?

emosi perempuanku
belum tentu mampu
menembusi ego lelakimu


~23:35~
20 oct 2009

Saturday, October 17, 2009

KAMI CAHAYA KEKASIH

aku dan cahaya kekasih yang satu lagi
kami umpama kembar tak seiras
hati kami keras
hati kami tegas
kami luah kata hati menjadi puisi
bukan untuk kamu semua faham
atau mereka-reka konklusi
sekadar puaskan hati sendiri
hanya sebuah diari peribadi.

~coretan tentang seorang teman yang memiliki nama yang sama~

(iki leman -- http://ikikolot.blogspot.com/ )

01:00am~ 17 oct 2009

Wednesday, October 14, 2009

JANJI

tarikh keramat
setelah sekian lama
mendalami hati menyelami fikiran
termeterailah sumpah janji
dua insan...sepasang kekasih
dengan lafaz akad
berwalikan si ayah

janji yang dilafazkan
bukan sembarangan
bukan mainan
ia sumpah penyatuan
dua hati
dua keluarga
dua tanggungjawab.

04/02/2004
~00:30+-am~

p/s: dedikasi buat pernikahan abang pada 04/02/2004...

Thursday, October 8, 2009

NORMAL VS KRONIK

saban waktu itu juga yang diulang
melenggang terbang melayang
terjah menusuk gegendang telinga
menyucuk otak minta dicerna
melekat dalam ingatan
tak perlu diingatkan
normal tapi kronik

rasa sesejuk beku
lena sering terganggu
demam asyik memburu
tekanan darah suka menjunam
pandangan kelam berbalam-balam
langkah diredah terus
tersepak jatuh
bila yang dipandang
tak sama dengan yang dilihat
untung sabut timbul
untung batu tenggelam

sayang sayang sayang...
perit saraf ini mesti dilawan
agar jasad nanti tak ditawan
kamu sendiri tahu malah mendalami
sistem tubuhmu bukan lagi seperti hakiki
panadol, ponstan dan entah apa-apa lagi
loya tekak terpaksa menelan
tapi ubatnya tetap tak berkesan
sakit tetap menjadi tuan
makan dalam
perlahan-lahan...

8 oktober 2009
20:52pm

Sunday, October 4, 2009

AKU, HATI DAN DIRI...

Satu ketika di sebalik lipatan waktu
Tidak terimbau kenakalan lalu
Biarpun katamu nakalku bukanlah lazim
Cuma lain dari yang lain

Kucuba dan kucuba lagi
Tercari-cari silap dahulu di celah rimbun memori
Sebelum terbit rintik keringat lelah
Aku gagal lagi untuk kesekian kali

Nasihat seorang pendidik yang lebih terserlah seorang teman:
Usah terlalu dipaksa diri
Kerna tiada sebesar zarah pun salah yang maha berat telah dilakukan

Kusut fikiranku terlerai sedikit
Mendengar gemersik suaramu itu

Sedang langit hitam suram tanpa kerdipan bintang
Jiwaku bergelora diasak pelbagai jawapan
Jawapan kepada soalanku sendiri dalam pencarian jati diri
Bagi seorang ibu, aku terlalu terperinci
Di mata seorang sahabat, aku dikatakan rumit
Pada seorang guru, aku seorang yang cerewet

Setelah kurenung dan kukaji
Apa lagi yang hendak dikata?
Memang sudah otakku terperinci fungsinya
Memang sudah peparuku rumit pembinaannya
Memang sudah jantungku cerewet sifatnya

Kurenung dan kukaji lagi
Di mana letaknya kepercayaan dan kemaafan
Dalam diri ini?

Tiga tahun menyepi
Kini aku kembali lagi
Menyandang harapan kabur tanpa senyum suria
Bersama rasa gembira berbaur bimbang
Mencari ruang memberi kepercayaan
Memberi peluang mencari kemaafan


~27/01/2004~