Friday, September 11, 2009

RAMADHAN DAN KEMAAFAN

ramadhan kali ini
kenapa aku terasa kelainan
sesuatu semacam kurang
aku tidak rindu
tapi kenapa kau kutunggu?

kau ingat tak
dulu dua tahun lalu
munculmu tiba-tiba
dua tahun setengah tak bersua muka
setahun tanpa berita
mungkin anjakan waktu berjaya mengubahmu
tapi bukan aku

hipokritkah aku
melayan dengan nama kawan
mendengar atas nama sahabat
sedang hakikatnya hati masih berdarah
perit luka lama tetap berparut
pedih

ramadhan 2007
kali pertama ucapan maaf kudengar
sejak kristal hatimu kupulangkan
memancung ikatan perasaan
yang baru berusia sebulan
dan diamku dinihari itu
kau terima dengan redha
kau ingin memberikanku waktu
selama mana yang kuperlu

ramadhan 2008
kau kejutkan aku dengan soalan maut
aku tak mampu membalas renungan itu
kau bertanya pernahkah aku menyumpahmu!
aku tidak pernah menyumpah sesiapa
tapi hati remuk itu pernah berdoa
berharap Tuhan makbulkan doamu sendiri
aku pernah minta kau mati
atau setidak-tidaknya rasa
bagaimana bila kepercayaan itu dikhianati
sekali lagi kau memohon keampunan
dan diamku petang itu
sekali lagi kau terima seadanya
bagimu doa orang teraniaya selalu didengar
namun bagiku itu hanya balasan Tuhan
tunai tak perlu tunggu nanti

ramadhan kali ini
mungkin berjaya menyimbah cahayanya
tempias masuk ke dalam hatiku
membuka sedikit ruang
mungkin selama ini aku memang sudah memaafkan
cuma kepercayaan yang sama takkan kembali
selagi kepercayaan itu tidak ada dalam dirimu sendiri

terima kasih
kerana memanggilku sahabat terbaikmu
biarpun kau bukan sahabat terbaikku.

11 september 2009
21:16pm

4 comments:

Dhamah Syifflah said...

aku berlari laju...
meninggalkan semua pergi...
berlalu masa hampir ketemu...
aku pasrah menghadapi itu...

Kau ku cinta...
hanya dalam hati ku berkata...
tapi bagaimana...
untuk aku meluahkan rasa...
rasa cinta kepadaMu...
apabila aku mencintai isteriku...

perlukah aku menipu...
menipu demi cintaku padaMu...

Cahaya Kekasih said...

:)

abuyon said...

salam CK,

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam

Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

p/s: nak duit raya makcik Kekasih..
pinta anak-anakku ..hehe

Cahaya Kekasih said...

slm encik abuyon....

selamat hari raya...hehe...ala tua nya kena jadi makcik...hehe...anak2 umur berapa? makcik ni pun masih boleh dapat duit raya..hehe...belum oernah bagi orang....ape kata pakcik abuyon bagi dulu? hehe