Ada masanya
Kau dipuja
Biar tak semua
Dapat membaca
Altruisme di sebalik ketegasanmu
Kadang kala
Kau dikritik
Hanya kerana
Pedas hujahmu
Menungkah arus
Demi prinsip sejati
Sebenarnya
Kau disenangi
Cuma selalunya
Sikap ekstovertmu itu
Membuatkan si pesimis
Menghindari
Biar apa kata mereka
Langkah tetap kauatur jua
Idea dicurah menganjak paradigma
Merealisasi impian semalam
Setelah sekian lama
Kau pulangkan semula
Mandat yang digalas
Sebagai tanda
Berakhirnya prolog bermulanya epilog
Sebuah kisah sepanjang zaman.
28 OKT. 2003
~ 4 SAINS (1), SMK CANOSSIAN CONVENT~
No comments:
Post a Comment