Tuesday, December 22, 2009
SENI ITU MEREKA
titik bersambung
garis ke hujung
berpusar ikut gerakan
meniru depan pandangan
salah tak apa
asal jangan menyalahkan
pemberian Tuhan
pujian bersambut senyuman
manis
menyejuk hati
sesiapa yang mengagumi
dan aku
selalu begitu
leka terlupa masa
setiap kali
terkaku
terpana
terkesima
bila jari-jemari itu mula menari
atau sebenarnya berpencak silat
bertarung seni
seimbang kemahiran
medan perjuangan
mereka pemilik anugerah
mereka mencari arah.
21 Disember 2009
22:00pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bravo..
tq...
tu jek?
adeh...komen la sikit....
Betul seperti yang q fikirkan,
pelukis ibarat seorang pahlawan yang sedang berjuang bersama sebilah pedang.
heheh..tq bah...
Post a Comment