Thursday, December 17, 2009

GILA 23 MINIT








kadang-kadang aku tertanya
mempersoal letak diri
mempertikai duduk hati
soalan bodoh selalu berbisik
siapa aku
pada kamu?
-3:00-

hati
berhati-hatilah
malang selalunya harum
mengatasi pekung
hujung jalan
-3:05-

kerana aku seorang penulis;
hatiku sebatang pena
kerana aku seorang pelukis;
hidupku pelbagai warna.
-3:08-

cahaya
siang
terang
malam
kelam
kekasih
keliru
biru
ungu
mana satu
harus dituju
-3:13-

jangan tanya
kenapa
cuba tanya
siapa
dua-dua
tak tahu jawapan
-3:20-

patutkah
tak patut itu
dipatutkan
agar berpatutan
seperti sepatutnya
-3:23-


17 disember 2009
03:00-03:23pm

5 comments:

abuyon said...

salam cahaya,

Wah .. macam trend semasa pula
style macam gini, apa-apapun
best

ke guane :)

Cahaya Kekasih said...

terima kasih abuyon.....

tapi apa yg trend ye? hehe...saya pun xtau apa yg saya buat masa tu....tibe2 je...conteng skecthbook dgn perkataan2..

abuyon said...

Trend .. hmm .. yang tulis
satu patah satu patah tu

abuyon said...

Trend tu .. hmm .. yang tulis
satu patah ... enter ..
satu patah

Cahaya Kekasih said...

yeke..saya x terpk lak sume tu..heheh