Tuesday, May 7, 2013
GURUH
Dunia, apa lagi kau mahu?
Harta?
Kuasa?
Atau nama?
Tidakkah kau dengar dentuman di langit itu
Gemuruh menggetarkan jiwa
Hanya dada aku yang berdebar setiap kali
Dan tidak jantungmu?
Tidakkah kamu juga dapat merasakannya?
Dunia, kerajaan hakiki sedang memerhati kita
Setiap gerak diteliti
Detik hati; telus
Tidakkah kamu takut dengan azab neraka-Nya
Dan tidakkah kamu dambakan syurga yang dijanjikan-Nya?
Lalu alam juga sedang murka!
Sesungguhnya Tuhan kita hanya satu;
Yang memberi nikmat serta membungakan rezeki
Menjadi buah bahagia,
Walau sesekali banjirnya membusukkan halwa
Pahitnya menduga.
Sungguh, Tuhan kita hanya SATU
Walau apa pun nama panggilan; rayuan atau kecintaan
Dalam hati, jangan sesekali diletakkan di bawah insan
Kerana mereka juga ada Tuhan
Yang menciptakan.
Cahaya kekasih
07 Mei 2013 / 19:01 pm
Labels:
2013,
vitamin hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment