Wednesday, October 2, 2013

Bersama


Akibat  merajuk dek masa yang terlalu mencuri
Bukan cemburu, tapi mengisi.
Ruang-ruang sunyi yang dulunya memanjangkan tulisan tangan
Melayankan ilham
Tercantas
                       Menjadi kaku


Kaku itu berselubung menjadi aku
Membuang buah fikir yang dulunya mengalir
Mencair bersama episod gelora
Seusai sebuah rangkap; melengkapkan
Kematangan menyimpul hipotesis
Konklusiku  sendiri.


Sendiri itu lama menghilang
Sejak jambatan masa dilipat, merapatkan
Skala-skala peta dipadam, mendekatkan
Untuk apa  lagi diterbangkan surat cinta
Abjad-abjad hitam pilu berlatarkan putih kosongnya rasa
Jika pelangi hari-hari boleh digenggam;  pagi, petang
Biar bergerigi  dengan dugaan
                                          Warnanya tetap membahagiakan
Kita.



2 Oktober 2013 / 02:00am

p/s: Selamat Ulang Tahun, Cinta!

Thursday, May 16, 2013

ISTERI SOLEHAH

Inai yang diconteng dulu-dulu
Serinya tak pudar, hilang
Tak tertanggal dek air dan sabun
Ego-ego licin Rapuh emosi
Isteri dan suami.

Satu-satu dugaan berbunga
Orang luar baik hati; rajin membaja benci
Lalu buah-buah keji dan caci-maki pun gugur
Empangan susu dan darah bertembung
                                        berpecah
Haluan disekat pura-pura
            putus
Adapun Allah telah menjanjikan 
Hanya neraka tempat si puaka 
                                 dan isteri derhaka.



16 Mei 2013 / 14:52 pm

p/s: Happy 14th month anniversary :)

Tuesday, May 7, 2013

GURUH






Dunia, apa lagi kau mahu? 
Harta? 
              Kuasa? 
                            Atau nama? 
Tidakkah kau dengar dentuman di langit itu 
Gemuruh menggetarkan jiwa 
Hanya dada aku yang berdebar setiap kali 
Dan tidak jantungmu? 
Tidakkah kamu juga dapat merasakannya? 


Dunia, kerajaan hakiki sedang memerhati kita 
Setiap gerak diteliti 
Detik hati; telus 
Tidakkah kamu takut dengan azab neraka-Nya 
Dan tidakkah kamu dambakan syurga yang dijanjikan-Nya? 
Lalu alam juga sedang murka! 


Sesungguhnya Tuhan kita hanya satu; 
Yang memberi nikmat serta membungakan rezeki 
Menjadi buah bahagia, 
Walau sesekali banjirnya membusukkan halwa 
Pahitnya menduga. 


Sungguh, Tuhan kita hanya SATU 
Walau apa pun nama panggilan; rayuan atau kecintaan 
Dalam hati, jangan sesekali diletakkan di bawah insan 
Kerana mereka juga ada Tuhan 
                                              Yang menciptakan. 




Cahaya kekasih
07 Mei 2013 / 19:01 pm



 

Wednesday, April 10, 2013

OUR MARRIAGE

When you said your love was fake 
Just a feeling, floating while you’re awake 
Between humanity and the pain that cannot take 
Of loosing me 
Lame; 
I’m facing the same. 

Every time we spent 
Keep pushing me to an end;
 A repent. 
For the reasons we met 
For the miracle He planned 
Baby, you’re too good 
To be mine. 

But as the sun rises in the morning 
It is a relief 
That you wasn’t just a dream. 


09 April 2013 00:30am

 

Sunday, March 17, 2013

BUAT SANDARAN PERASAAN

Lebat hujan semalam 
menitiskan rentetan ujian kelmarin,
memercik pilu ketenangan 
bertubi-tubi menyucuk iman; 
menggoncang ketabahan 
mujurlah ada kamu 
meneduhkan payung-payung kasihan 
menggenggam kuat kekuatan 
-jangan dilepaskan. 

Tiga ratus enam puluh lima 
hari hari perkongsian 
terkial-kial memintal hidup 
dihempap tangga perjalanan 
memutuskan sebelah sayap -kehilangan. 
Pedih itu tetap bahagia; 
di hati kita. 

 Selain Tuhan yang menciptakan 
aku hanya ada kamu, 
sandaran perasaan.


















13032013 / 18:05pm


 p/s: Selamat Ulang Tahun Perkahwinan, Sayang. [16 Mac 2012-2013]

 

Wednesday, January 2, 2013

RECALLING MOM


Recalling the last time I heard you 
Clearly through the phone 
Breathing hard
Trembling lungs -half emptied 
But when you said “OK” 
I knew it was a wrap; 
The end of my shining day. 

Recalling the last time I saw you 
Lying on the bed 
Crying inside the coma 
Brain damaged -depending on those machines 
I knew it was a wrap; 
You’re meeting dad. 

Recalling you 
Automatically 
Every day 
Every where 
Every second 
                         In heart. 
Non-stop.


01 January 2013 
1130 am – 1200 pm 
KTM KL Sentral-Batu Tiga















 pic was taken on the day after my 24th birthday, 2011


p/s: I tried to record this poem but failed...maybe it wasn't meant to be read out by me, myself.