Monday, June 21, 2010

NOTA TERGANTUNG



Sebatang pensel tumpul
Sehelai kertas kusam
Seorang perempuan sugul
Sebuah bilik suram

Di dalam sebuah bilik
Seorang perempuan memperbetulkan perbaringan
Dengan sehelai kertas di hujung bantal
Dan sebatang pensel dalam genggaman
Dia memaksa seluruh ingatan
Bagi mencatat satu memoir perjalanan

Setengah jam kemudian…

Kosong.

Perempuan itu terlena
Menoktah nota
Yang belum pun bermula.


20 Jun 2010
17:00pm

4 comments:

akubukanpuitis said...

best~~ heee! =)

Cahaya Kekasih said...

tq :)

Anonymous said...

wah!warna background baru??

Cahaya Kekasih said...

siapa ni ye??

tak tukar baru pun..masih lukisan yg sama...cuma desiign blog tu ubah sikit :)

lebih senang nak baca poem kan kalau asing2 camni?