Wednesday, June 30, 2010

GILA 30 MINIT


aku tunggu
kau hilang
aku lalu
kau datang.

-7:54-

hitam jadi putih
biru jadi ungu
kelabu jadi jernih
otak jadi buntu.
-7:58-

kepala pusing-pusing
perut masuk angin
bila pening-pening
makan pun tak ingin.
-8:00-

hari ni hari rabu
esok hari khamis
hari ni kau merapu
esok kau mengemis.
-8:02-

mata mengantuk
tidur tak lena
hati terhantuk
lekuk kepala.
-8:05-

suara bergema sunyi
ulang cerita semalam
cepat selamatkan diri
nanti lemas sia-sia tenggelam.
-8:11-

telefon satu
dua tiga
rosak yang itu
buang semua.
-8:13-

guruh berdentum
hujan tak turun
bunga sekuntum
nantinya berkurun.

-8:24-

30 Jun 2010
7:54-8:24pm

Monday, June 21, 2010

NOTA TERGANTUNG



Sebatang pensel tumpul
Sehelai kertas kusam
Seorang perempuan sugul
Sebuah bilik suram

Di dalam sebuah bilik
Seorang perempuan memperbetulkan perbaringan
Dengan sehelai kertas di hujung bantal
Dan sebatang pensel dalam genggaman
Dia memaksa seluruh ingatan
Bagi mencatat satu memoir perjalanan

Setengah jam kemudian…

Kosong.

Perempuan itu terlena
Menoktah nota
Yang belum pun bermula.


20 Jun 2010
17:00pm

IMAGINASI RINDU



Aku tulis dalam samar
Padam lampu
Rapat tingkap
Sengaja
Aku lakar kalimah rindu
Pada setiap dinding kalbu
Kerna aku pasti kamu nampak
Melalui malam-malam dingin
Acap kali mata ini terpejam
Aku akan membayangkan kamu
Peluk daku
Terlena dalam hangat dakapan
Maya
Aku sedar
Ia hanya mainan imaginasi
Mendambakan satu realiti
Ibarat mencabar kuasa Ilahi

Aku cuba tulis lagi
Tentang kamu
Dua puluh tahun mereka kira kamu mati
Dan aku terus merindu
Lelaki yang tak sempat aku kenali

Gelap ruang peraduanmu itu
Akan aku suluh
Dengan nama cahaya kekasihku
Berbintikan kamu.

20 Jun 2010
17:16pm


Tuesday, June 15, 2010

MONOLOG KEPALA BATU


Kau kata kepala aku keras
tak padan dengan hati kertas
cuba kau hentakkan kepala pada batu
pecah tengkorak
lekuk di situ

Hey! Kan kau sendiri kata
aku keras kepala
lagi mahu tanya?
itu batu aku punya kepala la!


-3.03- [via Celcom SMS] 32 minutes ago

Cahaya Kekasih
15 Jun 2010
15:03pm

p/s: tak tahu ni apa.....tibe2 je type camni kat hp n send kat FB.jadi tajuk pun merepek meraban...huhu...TIDAK DITUJUKAN KEPADA SIAPA-SIAPA ye [kepada diri sendiri, mungkin]


Thursday, June 10, 2010

ARITMETIK KITA


sketched on 05/06/2010, 18:20pm-dalam kereta-



bodoh jadi gelabah
gelabah jadi baran
baran jadi aku


pandai jadi tenang
tenang jadi sabar
sabar jadi kamu


bodoh tolak pandai
gelabah bahagi tenang
baran kali sabar
aku tambah kamu
jawapannya satu?


5 Jun 2010
18:35pm
-atas jalan raya-KL-

Wednesday, June 9, 2010

CRYING ANGEL



She is so sorry
that she's not an angel falling from the heaven
keep on smiling even her heart is broken
but no matter how much tears of cry
her love for you will not dry
it's up to you to decide
to give her a life
or to kill her die.


7 June 2010
23:12pm

p/s: 1st try writing in other language

Thursday, June 3, 2010

BUKAN MALAIKAT




apa patut aku kata
bila kecewa mengunyah senyuman
lalu hiba menekan
                            tertekan
                                           menghimpit perasaan
dalam cubaan memadam amarah terpendam
kilat menampar guruh
petir melatah
banjir
langit cerah bumi basah


aku pahat huruf satu-satu
eja sabar
perkataan tenang
klausa ikhlas
ayat memahami
aku faham situasi
jadi aku harap kau juga mengerti
setiap titis air suci itu lambang mata hati
bukan benci.

3 Jun 2010
11:11am
-sec 7, shah alam-