Thursday, May 6, 2010

JANGAN PANGGIL LAGI, SAYANG.




aku yang kamu panggil sayang
membuang janji semalam
tersadai dalam longkang
berlumur hitam
bukan kerna sayangku hilang
tapi cintamu yang terpadam
lalu amarah menjulang
aku alirkan ke sebuah kolam
suam dalam ruang

aku yang kamu panggil sayang
bukan mencabar ego lelaki
beku ditimbus salju
cuma emosi perempuan
sayu dihembus bayu
mengekori langkah kaku
langkah yang selalu kamu pinta aku tunggu
tidak lama dulu sebelum kamu berlalu
tanpa restu

aku yang pernah kamu panggil sayang
ingin tolak awan kelabu
gantikan kosong langit biru
dengan lukisan pelangi baru
calit-calit warna senyumku
tanpa kamu.

6 May 2010
00:20 am


2 comments:

C L J said...

Dalam kelam diawan kelabu itu
ada haba menarik bayu
laju menyerbu
kerana haba menghambat udara
mencipta ruang yang longgar udara
maka menerjah serbulah sang bayu
membawa nyaman sejuk bersamanya
membelai usap mengimbang rasa
sehingga terlukis dilangit biru
pelangi indah mengilau cahaya
semuga kepelbagaian warnanya
pasti membawa sebenar bahagia
meresapkan pepura kedada nyata
membawa bahagia jelas jelma
memancar kilau gewangan permata.

Cahaya Kekasih said...

:)