Wednesday, March 31, 2010

CINTA



rasa itu masih setia
terperosok jauh dalam jiwa
alam bawah sedar
sengaja dinafikan kewujudan
apa lagi diangkat menjadi tuan

biarkan rasa itu kekal di situ
tak mekar dibaja sayang
tak mati disimbah benci
dipetik payah dipandang indah.

31 Mac 2010
02:39am


Monday, March 22, 2010

DIARI SALAH




ada satu rahsia
gila
aku saja yang tahu
aneh
aku saja yang rasa
fantasi
aku saja yang peduli


rahsia bocor
lolos dari kepungan
terkeluar dari kawalan
tersebar
sampai menyampai
satu insan
               ke
                   satu insan
tanpa siapa pun tahu
sedalam-dalamnya rasa
sebenar-benarnya peduli
hakikat terpendam bukan dendam


kerna hijab tak terbuka semua
maka rahsia kekal rahsia

22 Mac 2010
21:10pm

Sunday, March 21, 2010

PENANDA BUKU [LUKISAN+PUISI] DI PASARAN!





tak pasti sama ada karya di sini ada pembaca setia
atau paling tidak yang punya sama rasa

jika ya.....
dapatkan penanda buku ini segera!!


booth Galeri Seni Muar

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010
PWTC
Kuala Lumpur
[19-28 mac 2010]

......................................
puisi:
1. Patung-patung Jelmaan Pelangi
2. Seindah Namamu
3. Cahaya Kekasih 
4. Pelita Malam
5. Perjalanan

*terhad kepada 50 keping sahaja..

Monday, March 15, 2010

RAYUAN MALAM



malam
lindungi bulan
jangan biar dia keseorangan
walau hakikat tidak sendirian
bertemankan bintang-bintang
bersinar terang dalam hitam

bila perlu
dakap bulan jangan lepaskan
wakilkan aku
pungguk yang kerinduan.

15 Mac 2010
20:30 pm

Sunday, March 7, 2010

UNTUK PERTAMA KALI



untuk pertama kali
aku mahu entriku begini
kenapa ya?
jangan tanya!
aku pun tak pasti


baru semalam aku berjanji
janji kosong pada diri
memang dah ku agak akan dimungkiri
mana mungkin aku berhenti
meluahkan rahsia hati
nukilan rasa tersembunyi
peribadi itu bukan milik asasi
mari berkongsi tanpa perlu memahami


malam ini sekali lagi
tolong maafkan entri ini
mungkin aku sedikit gila
orang gila yang gembira
sebab akhirnya ada yang berkata
aku bertindak seperti orang sebaya
ahh...akhirnya terbukti
aku masih muda
tak sematang sangkaan mereka
tak mahu terlalu sempurna.

7 Mac 2010
23:21 PM

p/s: baru perasan akhir-akhir ini
      terlalu banyak "kenapa" wujud di hati
      lalu terluah dalam puisi
      maaf ya saudara saudari.


***ops terlupa...selamat hari lahir, ayah chu...matimu satu kepastian, hayatmu kekal dalam ingatan...miss u so much!! ~alfatihah~

Wednesday, March 3, 2010

PANTULAN





aku lihat
             kau pandang aku
melirik bertembung
                             menjadi satu


matamu
            mata aku
mataku
           milikkku satu


3 Mac 2010
18:45 pm

Tuesday, March 2, 2010

MATI HATI MATI






apa nak jadi pada hati
kelmarin sakit
semalam sihat sedikit
hari ini tenat balik
mati-mati penyakit misteri
aku tak iri
sedikit benci (mungkin?)
hei hati!
tolong berhenti
boleh?


arghh tadi...
aku buat lagi
baru sekejap tadi
aku tambah dua tembok-tinggi
mencakar langit menggapai awan
menghadang dua manusia (tua itu perlu dihormati!)
maaf aku bukan mahu kurang ajar
tapi kamu yang memberi pengajaran
demi sekotak privasi
memang tak mampu lari
tapi cukuplah hanya di sini
hatiku hampir mati dibunuh
kamu dan keluarga kamu.

2 Mac 2010
14:15pm