Friday, December 31, 2010

CK_RIZZY: PENGUMUMAN PENTING!




kepada para pembaca yang dikasihi,

  • bermula tahun 2011, segala puisi dan karya kolaborasi CK_Rizzy [duet antara saya, Cahaya Kekasih dan Rizzy] akan hanya dipaparkan di blog rasmi RIZZY & CK bagi mengelakkan pengulangan dan pertindihan entri.

  • anda juga boleh klik tab Rizzy & CK di atas blog ini untuk terus ke sana ^_^

  • err...ape skema sangat ayat ni?? huhuhu =_=!

  • jadi~~ follow lah saya kat blog satu lagi tu jugak kalau tak nak terlepas membaca karya-karya dua OTAK dua EGO satu HATI kami :P

  • terima kasih atas sokongan anda :)




Wednesday, December 22, 2010

DI MANA KHALIFAHKU...




Tanpa kamu
takbir bisu
Fatihah berlagu sayu
ruku' menunduk kaku
sujud menyembah pilu
sejadah kesunyian; tak bertindih di penjuru.

Hati rindu mengepak sebak
terbang tinggi meredah awan
                     bertemu Tuhan
mengharap hujan memakbulkan harapan
pulangkan aku imam kesayangan
solatku kekok
tanpa kamu di hadapan.



22 Disember 2010 / 21:30 pm

 

Sunday, October 31, 2010

MAGIS CINTA



Dalam ibadah yang kelewatan
hujung-hujung waktu mendekat kealpaan
aku terbayangkan kamu:
genggam tapak tangan; tarik aku ke depan
berlari mengejar Tuhan
dengan sejadah berlantaikan petrol
kita lenyap dari dunia metropol
seminit dua.


Tanggungjawab senja kemas
kamu senyum; puas
angin perut memulas
baru perasan
jauh perjalanan
jenuh lintasan jalan.


Aku terbayangkan kamu lagi:
genggam kitab al-Quran; tarik aku ke dalam
bernyanyi menyelam kalam Tuhan
setiap patah yang kamu cuba ceritakan
lalu dalam segenap liang hati
aku faham
biarpun bukan erti kata hakiki
hari-hari.


Untuk kesekian kali
sayu jadi sebak
insaf bersama setiap helaan nafas qari,
lagi.


Aku selalu terbayangkan kamu:
membandingkan perasaan dengan kejadian
logika ceritera Adam dan Hawa
cinta akhir zaman.


31/10/2010
16:35 pm

Thursday, October 28, 2010

MELODY OF CK_RIZZY


When i see you marah
I rasa macam want to blah
Because nanti you terkam i
I cannot stand the flame in your eyes.

When i see you senyum
My hati starts to bloom
Semua happen to be miracles
I nak you, even you tak tackle.

Whatever yang jadi we have to be happy
Even things went wrong we buat tak reti
Miss-communicate terjadi hari-hari apply sorry
At the end of the story kita tulis puisi lagi.


Rizzy & Cahaya Kekasih
27 Oktober 2010

p/s:
Paparazi kejar we play hide and seek with  the camera
Esok jadi front page don't know where to put muka.

Wednesday, October 13, 2010

DUET: DILAMAR MIMPI



Dalam lesu
mewarna cahaya
melukis pelangi
hidayahku diduga
                     dilamar mimpi...


Biarpun kita-kita melontar sejuta jawapan
Tetap mereka-mereka melempar seribu persoalan
Situasi sukar umpama sedih-sedih melingkar
Tak terfahamkan akal.

Atas alasan apa lagi mahu kau dengar
Cerita-cerita puas kusimpul hujung jalan
Keputusanku membongkar wajah-wajah sebenar
Perhubungan.

Keji-kejian menimpa muka-muka sekitar suka
Membalut luka-luka semalam menumbuh duka
Maki-maki hina aku jahat kau kata
Walau cuba hentikan curang-curang dan dusta-dusta.

Seluruh sudut perimeter kecewa-kecewa hati
Kita cuba susun plot-plot jatidiri
Persetan semua dengki-dengki dan benci-benci
Mereka perempuan dan laki-laki.


Dalam bingit
memanah adil
membedil erti
hatiku dikepung
                           pendinding suci
mati tak jadi.



Cahaya Kekasih & Rizzy

13 Oktober 2010

Friday, October 1, 2010

PYREXIA RINDU



Kemam termometer pilu
merkuri resah
             bebuli melonjak tanah
ubun-ubun panas
             jari beku kaki kebas
haba tersentuh
                suhu jatuh
tersungkur mengejar rindu.



1 Oktober 2010 / 00:08 a.m

Wednesday, September 29, 2010

DUET: dRama(dhan) 17





Sehari suntuk puasaku lali
Tunggu berbuka di dalam mimpi
Anak dara kena perli
Bangun lewat apa nak jadi.

Bazaar diserbu bagai gula
Semua asyik fikir nak makan
Ikut nafsu beli semua
Tiba masa tak larat telan.

Malam ingat nak pergi masjid
Perut kembong kepala peninga
Tempah-tempah kuih samperit
Dapat-dapat Chocolate Ring.

Lepas terawih mengadap PC
Layan Kapa sampai sahur
Kad raya tak siap isi
Esok nak pos satu Johor.

Rizzy ft. Cahaya Kekasih
16 Ramadhan 1431 / 26 Ogos 2010

p/s: ops....satu siri ni terlepas pandang rupanya....terlupa paste kat blog...huhu...setiap hari paste kat 3 tempat [kapasitor, FB n blog]...ingat dah update semua....maaf sangat2 :(  dah lari da turutan..huhuhu




Tuesday, September 28, 2010

BAYANGKAN MALAM...




Bayangkan malam
terang menderang
dengan cucuh bunga api
memercik riang
melecur sepi
sementara.

Bayangkan malam
kelam; lilin terpadam
hati bulan mendongak
merenung muka bintang satu satu
helaian buku-buku rindu
tak terlihatkan
selamanya.

Bayangkanlah malam
aku tanpa kamu. 

27 September 2010
09:09 pm

p/s: rindu ayah.

Friday, September 10, 2010

DUET: dRama(dhan) 31~Episod Akhir


Ramadhan tiga puluh lumpuh
Badan lemah sahur terlajak
Hari akhir rasa jenuh
Lapar gila kering tekak.


Dari tak tahu apa-apa
        tunggu ilham segala
Aku paksa otak bekerja
                                        hari-hari
                                              rutin tanpa henti
Gabung dua kepala
                                  ego berlaga
Luka sembuh hipokrasi runtuh
Sesi pembelajaran 
                   subjek spontan
                                   kelas pengalaman.


Patah riuk jatuh berguling
Aku pening runsing fikir ayat-ayat
Belit belit tukar-tukar atas bawah
Potong sana kerat sini
Dugaan cobaan melintang
Copy paste edit-edit
Yang nampak lain
Hakikatnya …kami saja yang tahu.


Dari hujung mata ke lubuk hati
Ampun dipohon sedalam makna
Andai terkasar CK dan Rizzy
Salam dihulur sempena raya.



Cahaya Kekasih ft. Rizzy
30 Ramadhan 1431/9 September 2010

Thursday, September 9, 2010

DUET: dRama(dhan) 30





Celik celik mata
Hari hujan membasahi puasa
Kering atas kord gitar dan lagu
Kudengar si dia menganyam ketupat
Sejuk bumi nyaman syurga
Syukur berganda pada yang kuasa
Basah satu empat tiga satu
Bulan istimewa melimpah rahmat.


Bunyi keyboard  menusuk jiwa
Muzik live abang-abang
Family mula berkumpul-kumpul
Terawih akhir sangat mengantuk
Nafsu shopping punya angkara
Borong semua akhirnya buang
Dosa membazir berbakul-bakul
Duit habis tabung ditebuk.

Rizzy & Cahaya Kekasih
29 Ramadhan 1431/8 September 2010

Wednesday, September 8, 2010

DUET: dRama(dhan) 29




Buka puasa sorang-sorang
Makan nasi lauk sayur
Abang dating keluar tak ajak
Balik beli ayam KFC
Tidur jaga sudah petang
Jawab call dalam dengkur
Solat semua dah terlajak
Bangun-bangun makan nasi.

Gelap akhir Ramadhan
Mendayu sayu epilog perasaan
Menghilang bulan
                            Menanti kelahiran
Rekod lagu dengar layan
Terawih sumbang dalam spontan
Dari kedai makan
Aku pulang  menemani kawan

Cahaya Kekasih ft. Rizzy
28 Ramadhan 1431/7 September 2010

Tuesday, September 7, 2010

DUET: dRama(dhan) 28



Pagiku lena petangku jaga
Dibelit nafsu dipeluk lapar
Menanti partner bersama lagu
Puasaku sepi seharian
Idea gila suka-suka
Conteng dinding padam hambar
Tersusun indah satu-satu
Berbingkai kemas ayat Quran.
 
Malamku Youtube; mendengar kuliah
Dicengkam sejuk selepas hujan
Basah lidah ber-Al-Fatihah
Sujud berselang selawat nabi
PC  tinggal lupa jengah
Line teruk tak boleh online
Tugas tertangguh kena marah
Streamyx ni, memang dengki …!

Rizzy & Cahaya Kekasih
27 Ramadhan 1431/6 September 2010

Monday, September 6, 2010

DUET: dRama(dhan) 27



Mata bengkak nangis tak henti
Kucing mati tak sempat beraya
Ikhlas hati memohon ampun
Bila-bila tak kira musim
Berjaga aku ke tengah hari
Compose sendiri lagu raya
Kredit habis tak boleh  telefon
Hanya lirik yang aku kirim.
 
Bakar duit bergulung-gulung
Cucuh pelita bunga api
Lukisan orang penuh dinding
Karya sendiri simpan gerobok
Lepas Maghrib tidur kusambung
Bising meletup di dalam mimpi
Melepak minum kepala pening
Ramadhan ini serius sibok…!

Cahaya Kekasih & Rizzy
26 Ramadhan 1431/5 September 2010

Sunday, September 5, 2010

DUET: dRama(dhan) 26



Riuh rendah jalan TAR
Selit celah ketiak lena
Sibuk YM  aku layan
Macam kerja dalam office
Sesat tak jumpa pintu keluar
Balik-balik tempat sama
Lagi-lagi publisiti murahan
Berguni gosip aku tepis.

Anak semua pemalas
Mak asyik siapkan makan
Meriam  mercun teman terawih
Negara sendiri kau bom-bom
Siap masak kena kemas
Tolong-tolong cuci pinggan
Tangan lecur mulut berbuih
Terhambur darah berpecah atom.


Rizzy & Cahaya Kekasih
25 Ramadhan 1431/4 September 2010

Saturday, September 4, 2010

DUET: dRama(dhan) 25


Tekan-tekan kuih kapal
Tutup penuh kelapa kering
Berbuka udang masak sambal
Makan nasi atas piring.

Ramai cuti balik kampung
Bos MC office kosong
Mak buat kueh bertong-tong
Aku jahat tak tolong langsung.

Puasa minggu terakhir
Perut pedih gastrik menyucuk
Terawih siap dengan Witir
Hairan, apasal asyik mengantuk?

Jumaat Ramadhan terkubur
Ditetak mati dalam tidur
Nak Tahajjud sampai sahur
Rasa malam ni Lailatul Qadar la bro..!

Cahaya Kekasih ft. Rizzy
24 Ramadhan 1431 / 3 September 2010

PUBLISITI MURAHAN



Gosip sana sini
asal saja duet dengan lelaki
kau kata aku skandalisme
diamkan; aku tengok dari tepi
tunggu kau berhenti.


Cinta hati tak bising
orang lain yang pusing                      
                          pening
fikir keserasian
bayang perasaan
baik-baik dia tak melenting
gara-gara kau, terbalik periuk nasi                                               
                                                        terpelanting
hati kering             
                  boleh jadi genting.


Suka-suka bagi publisiti
percuma pun rasa basi
tetiba rasa macam artis
bukankah sepatutnya aku yang menulis?


Aku
        obses pada karya
        fokus pada kerjaya
                             agensi bersama
sudah-sudahlah buang masa
jodoh pertemuan bukan bidang kita
jangan menyibuk 
                           kerja yang maha Esa.




3 September 2010
23:50pm

Friday, September 3, 2010

DUET: dRama(dhan) 24


Bersinku merobek hidung
Aku pening kepala mereng
Pahala bagai dipancung-pancung
Terliur tengok kentang goreng.

Celik mata dekat berbuka
Mimpi puasa dalam lucah
Dari semalam ingat nak warna
Kad tak siap bilik berkecah.

Surah Al-Mulk cuba dibaca
Lepas Isyak  terawihku solo
Hanya kebab untuk berbuka
Malam sikit aku dah kebulur.

Raya macam tak rasa bahang
Mungkin sibuk tulis puisi
Pagi ke pagi kita sembang
Sebati seni satu obsesi.

Rizzy ft. Cahaya Kekasih
23 Ramadhan 1431 / 2 September 2010