Wednesday, May 9, 2012

PENANTIAN EMOSI





 
video



Bahang petang yang bertelagah 
antara senja merah dan pembakaran sampah
tersepitlah aku di tengah-tengah
kekosongan amarah 

Penat mengejar jam
enampuluh itu aku lompatkan minitnya 
menari mengelilingi saat 
terseliuh di tepi waktu 
rehatmu. 

Dalam bosan teleku 
dalam marah menunggu 
aku benar rindu 
kamu.

 -Cahaya Kekasih-
8 Mei 2012 / 18:47pm.