Wednesday, August 8, 2012

MEMANGKU MUSIBAH




Setiap patah pujuk kau tulis satu satu
Menyerap air mata kehibaan
Mengganti kontangnya hati yang kehilangan
Derasnya menyejukkan
               Bersama kalam Tuhanmu;
Juga aku.


Dalam sesat memapah kegelapan
Dalam lemah menggenggam perasaan
Dalam rindu mengenang pergi srikandi
Dalam redha menenangkan hati sendiri
Syukurlah ada kamu di sini;
Suami.



8 Ogos 2012 / 21:30 pm