Friday, February 18, 2011
Cinta Pandang Pertama [ Euuuwww~~ =_=!]
"Usop bagi hadiah kat saya....." aku main dengan keychain ukiran kayu berbentuk hati itu di hadapannya. Riang. Aku betul-betul suka.
bahan bukti utama
"Awak takde bagi apa-apa pun kat saya," kerut muka sengaja aku buat-buat. Sumpah! Aku memang saja nak buat dia cemburu. Cemburu dengan aku, bukan dengan Usop. Semua orang tahu kami bertiga agak rapat. Lagi-lagi Wan dan Usop.
skandalisme
"Takpe....nanti saya bagi besar punya..." tiba-tiba dia menjawab. ".. .kat sini," dada kiri ditepuk agak keras. Merenung kosong entah ke mana, sekilas pun dia tidak menoleh. Aku yang terpacak betul-betul di hujung kepala lututnya tidak dipandang langsung! Mungkin geram, mungkin juga gementar. Hanya dia yang tahu. Dan aku sebenarnya sedikit terkejut dengan jawapan itu. Cuma sedikit...selebihnya aku anggap ia satu gurauan. Dia kan memang gila!
"Hey!" seraya aku menempik, sepasang mata itu beralih. Tepat menikam anak mataku; menghunus dada. Otak beku tiba-tiba. Butang mute tertekan; riuh sekeliling menjadi bisu.
"Kata-kata itu satu doa!" ayat seterusnya terlontar secara automatik. Cepat-cepat aku larikan kaki bersama renungan yang berbekas.
Kekok. Kami tidak bercakap walau makan semeja, tak mampu bertentang mata walau duduk berdepan setengah jam kemudian.
Ngilu masih terasa sampai sekarang, setiap kali bayangan mata itu menjelma dalam mimpi sedar. Apakah itu maknanya cinta pandang pertama?
Hari-hari, berkali-kali sejak saat magis itu dibingkaikan dalam sejarah persahabatan, isu yang sama dibincangkan. Keliru.
24 Julai 2010
Seputar penafian kau bentang
lilit terbelit telinga
aku diam mendengarkan
katalah apa saja
katakan kau tak suka
aku tetap percaya
bukan itu yang kau rasa (sebenarnya).
Jangan ditanya bagaimana
cetek akalku
tembak tembus
dalam jiwamu
ruang separa sedar bersegi lapan
terkepung memerangkap perasaan
terkam redup renungan
tertikam
mataku berkaca di balik kaca matamu.
Biarpun itu bukan cinta
ia tetap pandangan pertama.
30 Julai 2010
21:14pm
.............................................................................................................................................................
10 Februari 2011
p/s: saje2 demam2 ni main tulis2 sikit....
Sunday, February 13, 2011
SATU KAMU
Mendengar kamu
satu
satu
jemu tak bertamu
sayu.
Melihat kamu
satu
satu
bosan tak menjamu
malu.
Ais hati cair
dipanah sejuk
suara merdu
redup matamu.
5 Februari 2011 / 02:00-08:00am
p/s: puisi spontan untuk kad hantaran terakhir.
Labels:
2011,
hikayat cinta,
tentang Redzuan Zakaria
Thursday, February 10, 2011
KAU & AKU
Kau
aku
satu
tapi
dua
terang retina burung hantu
merenung bulan
mengerlip bintang
mentari tertolak
terkebelakang
silau iris pagi.
Kau
aku
satu
tapi
dua
zon berbeza
terbelah
paksi masa.
3 Februari 2011 / 07:44am
p/s: puisi baru no 3 untuk kad hataran CK_Rizzy :)
Labels:
2011,
hikayat cinta,
tentang Redzuan Zakaria
Tuesday, February 8, 2011
DARAH MANIS
Makin bahagia
makin diduga
makin redha
makin dirasuk
sedut darah
amarah
syaitan kanan kiri
bisik-bisik kata benci
jangan sekali kau kunyah
telan
termakan hasut
terpesong
sesat naluri
senget hati
marah
marah
marah
marah
marah
lagi
hari-hari.
Sayang
kasih
iman
semangat
jangan
lemah
longlai
goyah
runtuh
seteguh janji iblis pada Tuhan
menghantui umat
menuju kiamat.
3/2/2011
21:40pm
p/s: satu lagi puisi dalam kad hantaran.
Labels:
2011,
hikayat cinta,
tentang Redzuan Zakaria
Friday, February 4, 2011
MEMANGGIL CAHAYA
Ego melenting
emosi terpelanting
setiap kali lembut kata-kata sunyi
disepak madah jari-jari kasar
tanpa bunyi
lalu kita perlu bersuara
menyanyi lagu-lagu alam
menyeru aura bunga-bunga semalam
pulanglah....
kembalikan cerah
kayangan kelam.
Kerna sayang itu milik Tuhan
doa-doa kasih
mohon diperkenan
mudah-mudahan.
2 Februari 2011 / 11:30 am
Labels:
2011,
hikayat cinta,
tentang Redzuan Zakaria
Subscribe to:
Posts (Atom)