Showing posts with label entri khas. Show all posts
Showing posts with label entri khas. Show all posts

Friday, December 31, 2010

CK_RIZZY: PENGUMUMAN PENTING!




kepada para pembaca yang dikasihi,

  • bermula tahun 2011, segala puisi dan karya kolaborasi CK_Rizzy [duet antara saya, Cahaya Kekasih dan Rizzy] akan hanya dipaparkan di blog rasmi RIZZY & CK bagi mengelakkan pengulangan dan pertindihan entri.

  • anda juga boleh klik tab Rizzy & CK di atas blog ini untuk terus ke sana ^_^

  • err...ape skema sangat ayat ni?? huhuhu =_=!

  • jadi~~ follow lah saya kat blog satu lagi tu jugak kalau tak nak terlepas membaca karya-karya dua OTAK dua EGO satu HATI kami :P

  • terima kasih atas sokongan anda :)




Monday, July 5, 2010

ENTRI KHAS: CIKGU NIZAR PARMAN



TAHNIAH, CIKGU!

walaupun lepas apa yang berlaku dulu,

walaupun citarasa pembacaan kita tak sama,

walaupun sempat berguru dengan cikgu sekejap cuma,

walaupun karya cikgu tak saya baca semua,

walaupun............................................

...saya tetap bangga dengan cikgu. saya tak boleh nafikan yang cikgu adalah salah seorang yang menjadikan siapa saya sekarang.di sebalik pahit kenangan, ada juga manis pengalaman. jadi malam ini saya mahu abaikan episod kelabu dan fokuskan pada yang satu-atas nama SENI.

saya sebenarnya rindu zaman awal percubaan saya mengeja setiap perkataan, susun jadi ayat yang tak berapa puitis..cikgu tegur mana silap, tolong fikirkan tajuk...masih ingatkah cikgu pada cubaan kedua saya tulis cerpen tu? cikgu minta saya rombak semula....2 kali saya type semua..biarpun karya tu tak tersiar kat mana-mana, ia tetap berharga [setidak-tidaknya bagi saya :)]...tak pasti sama ada cikgu masih ada masa untuk baca karya saya yang tak seberapa tu lagi sekarang..nak tag cikgu kat note fb pun saya segan..

terlalu banyak yang saya ingin katakan...tapi tak tahu nak mula dari mana...kesimpulannya, saya sangat menghargai tunjuk ajar cikgu [dari kelas Bahasa Melayu darjah 5 dan subjek Pendidikan Seni darjah 6....sambung dengan tips penulisan kreatif selepas 4tahun terputus hubungan]...TERIMA KASIH, CIKGU. maaf kalau ada salah silap..degil tak dengar kata...

sekali lagi tahniah atas kemenangan novel cikgu [ tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon-Mobil 2009 ]

*info tentang pemenang HSKU'09
*entry ini di copy & paste dari blog saya di web kapasitor.net

always your student,