Sunday, April 25, 2010
PROSEDUR PENYUCIAN
dah tahu itu salah
mana boleh buat tak endah
kau kata kau mahu berubah
usah percik janji sampah
perap rempah seluruh arah
serap rasa menyampah
percuma kau disumpah seranah
kotor tangan kena cuci
sental berus dawai
rendam dengan clorox
tambah setong air didih
menggelupur kuman dalam neraka buatan
akhir sekali
steril hati bagi suci
tutup bekas kedap udara
lanjutkan tarikh luput
tahan lebih lama
sampai mati
25 April 2010
14:05pm
Labels:
2010,
vitamin hati
Thursday, April 22, 2010
GILA 10 MINIT
kepala pening-pening
otak jadi mereng
hati kotak berpetak-petak
pecah berderai tak payah hentak.
05:15
kalau padi katakan padi
tidak kau tertampi-tampi
kalau sudi katakan sudi
tidak kau ternanti-nanti
siapa kata aku tak sudi?
nantilah dulu, jangan pergi.
05:17
masuk air
main going
dua-dua sama
kau
aku
dua-dua gila
tapi
orang gila mana mengaku dia gila,kan?
05:20
makan tak kenyang
tidur tak lena
mandi?
simbah air mesti basah.
05:21
rama-rama cuba terbang
tinggi sedikit rendah lebih
jaga-jaga terhantuk siling
ruang hati sempit
penuh pokok semalu
menguncup senang mengembang susah.
05:25
22 April 2010
05:15-05:25 pm
Tuesday, April 20, 2010
DUET: PERANG ANTARA LANGIT DAN BUMI
malam makin hilang
pagi merangkak datang
serasa gerak jarum saat terlalu lembab
minit tak berjalan
jam tak berlari
makin ku bilang
makin kurang
jauh tak berenggang
dekat tak bersentuh
bila yang pergi itu hilang
takkan ke mana
takkan menjauh
biar basah seluruh tubuh
bermandi peluh
mengelak guruh
hatiku tetap milikmu sayang
mana kalkulator
mari kira berapa puluh ribu peluru terbazir
turun dari langit
main tembak-tembak
berperang dengan bumi
menujah tanah yang tak berperisai
jangan sampai aku mati
hati tertembus peluru sesat
terseksa dalam penantian.
Cahaya Kekasih [italic] vs Ayie {bold]
20 April 2010
02:55am
Labels:
2010,
hikayat cinta,
kolaborasi
Sunday, April 11, 2010
PERGINYA KAMU...
kamukah yang menyebabkan
matahari tiba-tiba menjadi pemalu
menyorok di balik awan rindu
pelangi ungu bertukar biru
biru yang seakan-akan kelabu
serta-merta
kicau burung kedengaran bisu
mati kamu
ditikam dua nisan
bernyawa dalam kenangan.
7 april 2010
23:34pm
Labels:
2010
Subscribe to:
Posts (Atom)