Showing posts with label 2009. Show all posts
Showing posts with label 2009. Show all posts

Thursday, December 31, 2009

MEMANUSIAKAN MANUSIA









menjadi manusia
langkah diatur
tak perlu teratur
tersadung kena imbang
terjatuh mesti bangkit
luka diubat
sakit tak perit
parut diingat


menjadi manusia
tari bebas
ikut irama
lenggok zapin
gemalai mak yong
joget inang dondang sayang
kontemporari dimodenkan
tapi yang utama wajib didahulukan
ditanam dalam
kekal
jati diri.

29 Disember 2009
13:39 pm



PERJALANAN






manusia dan usia
seiring tak sejalan
langkah tersentak
tarian berterabur
lari tempo
mungkin perlu
sekali-sekala
jangan selalu

manusia
tak jadi manusia
jika sempurna
bermaharajalela.

28 Disember 2009
23:26 pm

Tuesday, December 22, 2009

SENI ITU MEREKA





titik bersambung
garis ke hujung
berpusar ikut gerakan
meniru depan pandangan
salah tak apa
asal jangan menyalahkan
pemberian Tuhan
pujian bersambut senyuman
manis
menyejuk hati
sesiapa yang mengagumi


dan aku
selalu begitu
leka terlupa masa
setiap kali
terkaku
            terpana
                        terkesima
bila jari-jemari itu mula menari
atau sebenarnya berpencak silat
bertarung seni
seimbang kemahiran
medan perjuangan


mereka pemilik anugerah
mereka mencari arah.


21 Disember 2009
22:00pm

Saturday, December 19, 2009

CAHAYA KEKASIH 3





lemahnya cahaya
dipijak dihenyak
mati hati
binasa rasa
manjanya cahaya
mengundang bahagia
jauhkan prasangka

keras kekasih jangan diuji
hati kertas
direnyuk bimbang terkoyak
direndam takut terhancur
tiada istilah
tampal-menampal
simen-menyimen
dalam kamus hidupnya.

19 DISEMBER 2009
~02:11am~

Thursday, December 17, 2009

GILA 23 MINIT








kadang-kadang aku tertanya
mempersoal letak diri
mempertikai duduk hati
soalan bodoh selalu berbisik
siapa aku
pada kamu?
-3:00-

hati
berhati-hatilah
malang selalunya harum
mengatasi pekung
hujung jalan
-3:05-

kerana aku seorang penulis;
hatiku sebatang pena
kerana aku seorang pelukis;
hidupku pelbagai warna.
-3:08-

cahaya
siang
terang
malam
kelam
kekasih
keliru
biru
ungu
mana satu
harus dituju
-3:13-

jangan tanya
kenapa
cuba tanya
siapa
dua-dua
tak tahu jawapan
-3:20-

patutkah
tak patut itu
dipatutkan
agar berpatutan
seperti sepatutnya
-3:23-


17 disember 2009
03:00-03:23pm

Friday, December 11, 2009

CERITERA RINDU SANG PUNGGUK





haru-biru
kacau-bilau
boleh jadi sasau
bila sang pungguk
merindu rembulan

pungguk kesunyian
ditinggalkan sang bulan
atau dia yang meninggalkan
bulan keseorangan

pungguk dan bulan
seharusnya bersatu
hitam malam
tunjukkanlah lampu
terang laluan bersambung
bumi perlu dilambung
langit sedang menunggu

11 disember 2009
00:25am


Thursday, December 10, 2009

ANDAI KATA





andai kata hari ini
pancaindera berbicara
memang sudah sampai ketika
tak perlu tambahan nota kaki
buku catatan realiti


andai kata tiba-tiba
lidah berbicara
menjadi saksi utama
mulut tak perlu menafikan
ia bukanlah pendustaan


andai kata tiba-tiba
telinga juga bersuara
berhenti mendengar
memecahkan hingar
mempertikai saksi


barangkali
hati diperlukan
memadam kesilapan
diganti kebenaran


tapi benarkah
hati tak pernah menipu?

10 disember 2009
23:00pm

**respon kepada puisi Norazlan Ahmad@facebook

Saturday, December 5, 2009

MISTERI SENI

matahari pagi terbeku
kondensasi rintik sedingin salju
mata terpaku
lidah terkelu
otak terkedu
munculnya dia dengan kejutan
terkejut aku dikejutkan


senyuman pertama meleret
pada siapa?
dia si pelukis berjiwa penulis
atau si kacak yang bersembunyi
tersembunyi disembunyikan
di penjuru jingga padanan
kotak-kotak kanvas lukisan


bermacam soalan dimainkan
berlegar berlanggar
menghantuk akal kebingungan
membanding ilham tangan budak hingusan
dengan dia orang berpengalaman
patung-patung jelmaan pelangi
tersepit dalam sempit ruangan
dihempap segadang kusut seniman
dalam perjalanan mencari Tuhan
TIADA JAWAPAN

4 Disember 2009
23:30pm

Thursday, December 3, 2009

PATUNG-PATUNG JELMAAN PELANGI

sekeping lukisan
ilham tangan budak hingusan
patung-patung bisu terkaku
diam dalam sempit ruangan
mencari merah keyakinan
menyelami jingga keikhlasan
menyuluh kuning keceriaan
mendekati hijau kesabaran
memeluk biru ketenangan
merungkai indigo kefahaman
membina ungu keseimbangan

patung-patung pengalaman
menggodak warna perasaan
patah sayap berjahit dawai
luntur seri bersadur besi
patung-patung jelmaan pelangi




3 Disember 2009
20:00pm

Thursday, November 26, 2009

HUTANG KORBAN

akhir-akhir ini jiwa kacau
hilang akal meracau
kenapa?
entah
tiba-tiba takut kehilangan
apa?
mereka
penyeri hidupku
siapa?
semua
terutama yang itu


dalam ramai-ramai
campur sahabat
tolak keluarga
satu paling istimewa
sayang sama saudara
penting lebih kekasih
air mata cukup murah
turun mencurah-curah
matahari tiba-tiba hilang
menutup jasad dalam terang
imaginasiku tak mampu terima
tak terbayang
jika dia pergi selamanya


aku banyak hutang
terhutang
               masa
                       tenaga
                                  emosi
kata mereka ada yang terpendam
tak pernah dia luahkan
rasa bersalah
terserlah dari ceritanya
mengisahkan seorang kawan dipangkuan
nyawa-nyawa ikan
terpejam mata tubuh kebiruan
dilanggar kereta tepi jalan
depan kediaman
melintas pulang
usai aktiviti petang


maafkan aku, teman
merampas riang kanak-kanakmu
terbawa ke dewasa
hari-hari berhantu trauma
sedang aku senang lenang
semua dipadam lena panjang


katakan saja
apa perlu kulakukan
membalas segunung pengorbanan
sejuta senyuman mengaburi
menyimpul rapi
rahsia hatimu.

26 NOV 2009
~22:00pm~

p/s: S&S forever!!
       selamat hari lahir, shida!! (27 nov)
      15 tahun akrab....12 tahun kisah itu telah berlalu

Tuesday, November 24, 2009

AKU, KAMU DAN CEMBURU

kamu datang tak berjemput
menumpang terang cahaya alam
manis mulut berbicara
lembut gigi dari lidah
bercabang tidak
semua benar bukan helah

aku tak tahu
apa kamu cari
dalam silauan mentari
apa kamu mahu
dari pancaran ultra-ungu
perit tidak pada kulitmu
tapi aku

aku kamu tatang
sarat kasih sayang
sebelum angin monsun bertiup kencang
mencampak selendang kasih
tanpa belas kasihan
hancur bersama runtuhan
lupakan rentetan persahabatan
hanya kerana cemburu perempuan

aku benci kamu
bukan kerana agungnya cinta
bukan kerana cemburunya dia
tapi pendirianmu, kawan
seringan awan
sentiasa berubah kedudukan
untuk apa kembali
berkali-kali
hanya untuk menyakiti

24 Nov 2009
~22:40pm~

MAINAN HATI

malam ini hujan lagi
membanjiri kemarau panjang
bukan langit selalu cerah
tapi awan yang membeku
mengeraskan emosi
menegakkan ego sendiri


lemahkah aku
jika menangis
salahkah aku
kerana mengemis
cinta pemilik hati
yang ku tahu
kesudahannya belum tentu

ya
belum tentu bahagia 
di akhir cerita
dan sengsara 
belum pasti menjelma

24 Nov 2009
~00:15 am:

Thursday, November 19, 2009

DAN AKHIRNYA SI KECIL BERSUARA...

kisah itu sudah lama ditentukan
ketika bunga-bunga cinta masih berkembang
berkuntum-kuntum di awangan
selalu sangat diucap
sampai sekarang terngiang
kakak anak ibu
adik anak ayah

bila ribut menggila
kelopak-kelopak cinta mula gugur
berterabur
bersepah-sepah
anak-anak itu dipungut bersama
meredah haluan masing-masing
pulang ke rumah keluarga
seperti yang ditentukan
kakak anak ibu
adik anak ayah

hari berganti bulan
berganjak tahun
begitulah mereka
anak-anak naif
cerdik tak terlangkau dek dewasa
mungkin terbiasa
setiap pertemuan ada perpisahan
rumahku bukan rumahmu

mereka berdua mangsa cinta
pilihan bukan untuk dipilih
cemburu kakak terpaksa diam
impian kakak perlu pendam
mata tak mampu menipu
bersinar cerlang menunggu undangan
bergenang lembap dihantar pulang

lama kakak menjeruk rasa
berkias memuji 
bermimpi menggapai bintang
merenung bulan milik adik
laman nenek sana nampak indah
dan akhirnya si kecil itu bersuara;
"kakak nak tinggal rumah mak tok".




19 nov 2009
23:19 pm

Monday, November 16, 2009

TENGKUJUH

langit sedih
awan menangis
hujan tumpah
bumi lemas
tenggelam dalam emosi alam

cengkam dinginnya hawa
menyucuk jarum-jarum halus
tembus ke tulang
terus ke sendi
membatas gerak tubuh muda
lagaknya bak nenek tua

awal musim tengkujuh
terkenang luruh ditempuh
tempat orang di rantau
sama tak serupa
sejuk bumi sendiri
hangat diselubung rindu
bahang diulit cinta
lena dalam dakapan
si beruang merah jambu

16 Nov 2009
~20:15pm~

Sunday, November 15, 2009

AKU PUNYA....

aku punya
sepasang mata
terlalu sensitif penglihatan dwi
sepasang telinga
milik lintah bukan kuali
sepasang tangan
berjari kreativiti berkuku seni
sepasang kaki
teguh berdiri lenguh berlari


aku punya
hanya satu hati
ikhlas
tak perlu kertas uji
keras
ketuklah kalau berani.


12:26 pm
15 NOV 2009

Sunday, November 8, 2009

IZRA NUR ALEESHA

si kecil itu anak orang
ditatang minyak tertumpah
disayang nampak marah
nakal terlebih pandai tak kurang
lagi ditegah lagi diulang

suka hatinya yang berduka
jangan berani diduga
diam bersama nenda
sendiri berdiri berdikari
berpisah bukan dipisahkan
bahana cinta duniawi

bulan dan matahari
berhenti mati
semua perlu dibelek
dikaji mental emosi
diteliti fizikal jasmani
dirakam setiap detik aktiviti
kemaskini diari perjalanan
tahun ketiga kehidupan
sebelum yang keempat memberi salam
menjelang tengah malam

8 NOV 2009
~22:50 pm~


Wednesday, November 4, 2009

SEMALAM

hari ini sama dengan semalam
kelmarin dan hari-hari sebelumnya
semua seangkatan
tak banyak membezakan


hari ini masih membenci semalam
kasihan semalam
tak tahu hujung pangkal
tiba-tiba dibenci
kasihan sekali


gagalnya semalam
bukan satu kegagalan
gagalnya semalam
masih boleh dijayakan
gagalnya semalam
jangan dipadam
jahit dalam ingatan
kelak jangan diulang
belajar dari pengalaman

hari ini akan jadi semalam
sebaik esok bertandang
apalah dosanya menjadi semalam
esok datang pasti menghilang.


18:00 pm
~4 nov 2009~

Friday, October 30, 2009

SELAMAT PAGI, MATAHARI!

selamat pagi, matahari
kamu nampak hebat hari ini
terang-menderang
menyilaukan mataku
seperti selalu

matahari,
aku tak pernah salahkan cahaya
jauh sekali membenci
tapi aku terpaksa lari
terpaksa sembunyi
segan bertembung sinar
kalah bila dipancar

aku harap kamu faham
terangmu tak mampu kukawal
pupil takkan mengecil
sejak tragedi itu
melumpuhkan saraf kranial ketiga
mata kananku

aku harap kamu tahu
aku tekankan nama cahayaku itu
sempena rindu yang terbuku
terhadap kamu

selamat pagi, matahari!
harap bertemu lagi
suatu hari nanti.


30 oktober 2009
11:00 am

Monday, October 26, 2009

CEMBURU

rasa apakah ini
menikam-nikam kalbu
memancut aliran merah
menyucuk-nyucuk hatiku
berlubang-lubang jadinya

rasa ini tak datang selalu
sesekali singgah
sakitnya bukan kepalang
mujurlah cepat hilang
kerana azabnya perasaan
tak mampu kutahan

aku benci perasaan ini
cemburu tandanya tergugat
cemburu tandanya tercabar
cemburu tandanya takut
cemburu tandanya aku sayang kamu.

~26 oktober 2009~
00:40am

Tuesday, October 20, 2009

SAMPAI BILA...?

bila aku diam
kau juga mendiamkan
bila aku nanti
kau juga menantikan
bila aku biar
kau juga membiarkan
sampai bila?

dalam diam aku menanti
menbiarkan rindu
memenuhi jauh jarak kita
sampai bila?

emosi perempuanku
belum tentu mampu
menembusi ego lelakimu


~23:35~
20 oct 2009