Tuesday, August 31, 2010

PERASAAN TANPA RASA



     Aku ada satu perasaan
                      Pendam-pendam
Dalam-dalam
                      Tak padam-padam
Bukan dendam.




Satu perasaan
                     Tanpa rasa
Tanpa pakaian
                     Jelas kelihatan.


21+31 Ogos 2010
00:30am+22:00pm


DUET: dRama(dhan) 21


Hari ke-20 ku masih berdiri
Memeluk sakti kata-kata
Berdenyut nadi memicit isi
Tak henti bermadah dua pujangga.

Berseni puasa dibelit kalimah
Solah cuba kusempurnakan
Jauhkan hati dari mazmummah
Bahagia sentiasa mudah-mudahan.

Hingar kota aku tekup
Di rumah duduk baik baik
Makan kedai kena cekup
Van penuh mayat mencekik.

Ayuh kita kuatkan tari
Mencari malam seribu bulan
Rehat malaikat di bahu kiri
Terus catit belah kanan.

Rizzy ft. Cahaya Kekasih
20 Ramadhan 1431 / 30 Ogos 2010


Monday, August 30, 2010

DUET: dRama(dhan) 20


Letih gila buat kutidur
Terjaga-jaga sebab si Nokia
Bangun mandi untuk Zuhur
Solat terlajak pukul tiga.

Puasa rasa macam hilang
Bila nampak puding karamel
Teruja kucing jiwa tak tenang
Tekak mengidam si burung comel.

Terawih tetap berdiri
Dalam pelikat Witir kubuat
Berdentum meriam pecah sunyi
Lucut kain ikat tak kuat.

Dalam sujud aku berdoa
Ampunkan dosa yang macam pasir
Tak perlu nak tunggu tua
Kubur memanggil, rumah mengusir.

Rizzy ft. Cahaya Kekasih
19 Ramadhan 1431 / 29 Ogos 2010

Sunday, August 29, 2010

DUET: dRama(dhan) 19


Kertas kosong bersegi empat
Berlumur warna berselang kasih
Kalau bangun rasa tak sempat
Minta dikejut Cahaya Kekasih.

Mata bulat dipaksa-paksa
Otak blur  tak cukup tidur
Iftar kena pergi juga
Bukan senang nak dapat follow.

Badan lemah habis bateri
Bubur kukunyah bagaikan nasi
Balik balik terawih sendiri
Badan letih kutulis puisi.

Lapan ayat berlapis-lapis
Redah rangkap dalam payah
Walaupun jenuh aku menulis
Putus asa tak pernah mudah...!

Cahaya Kekasih ft. Rizzy
18 Ramadhan 1431 / 28 Ogos 2010


Saturday, August 28, 2010

DUET: dRama(dhan) 18



Mulakan bicara dengan Bismillah
Tersusun kemas setiap kalimah
Selawat salam kuhias di lidah
Menyambut Nuzul kitabullah.

Celik mata kejut orang
Golek-golek tidur balik
Pahala puasa jadi kurang
Malaikat tengok kita pelik.

Jumaat ketiga Ramadhan 17
Bumi basah berhujan berkat
Atas tilam puasaku lemas
Hari petang beli ketupat.

Senyum itu sedekah
Penyejuk amarah penenang gundah
Sabar, janganlah engkau marah
Ramadhan madrasah kita berubah.

Cahaya Kekasih ft. Rizzy
17 Ramadhan 1431 / 27 Ogos 2010


Thursday, August 26, 2010

DUET: dRama(dhan) 16




Lima belas hari patah menari
Cuba kujaga nafsu lelaki
Lima belas bersambung lagi
Perempuan, sucikanlah hati.

Sahur berbuka jadi tabiat
Solat terawih jangan kau letih
Bayar zakat jangan tak ingat
Cukup bulan dosa yang lebih.

Tulis-tulis tak kenal jemu
Aku kerah bersimpul otak
Lukis-lukis mana termampu
Biar retak jangan koyak.

Juzuk 30 aku rengkuh
Depan si dia yang luvin'-luvin'
Setengah 30 kita dah tempuh
Jom-jom, keep on movin'!

Rizzy ft. Cahaya Kekasih
15 Ramadhan 1431 / 25 Ogos 2010
23:59pm


Wednesday, August 25, 2010

DUET: dRama(dhan) 15


Gila ah~
Berjaga tak reti pejam
Aku rejam kantukku ke lubang pendam
Ilham semalam kutikam cungkil keluar
Dari dasar aku nukil sebuah ikhtiar
Biru hatiku jadi penawar.

Perut berkeroncong lara
Huyung-hayang tenaga
Merangkak ke tangan
Menyusup jemarian
Tepis tikus-tikus sengketa
Tumbuk kunci-kunci kata
Mengumpat lumat
Mengata orang
Lapar dapat
Pahala kurang.

Sabar itu indah
Cakap memang mudah
Dalam hati menyumpah
Tuhan marah
Iblis tak kisah
Dalam neraka; ketawa
Sekelip mata
Lebur hikmah puasa.

Lenaku tawar dalam panggilan
Puasa kutelan dengan nyanyian
Gusar menerjah juzuk Al-Quran
Senja kusambut kalut-kalutan
Tetiba makan~.

"Ya Allah, bagiMu aku berpuasa dan padaMu aku beriman, dengan rezekiMu aku berbuka, dengan rahmatMu wahai yang maha pengasih dan penyayang."

Rizzy ft. Cahaya Kekasih
14 Ramadhan 1431 / 24 Ogos 2010
23:23pm


Tuesday, August 24, 2010

DUET: dRama(dhan) 14


Pagi-pagi lagi hal lelaki
Aku mandi dalam misteri mimpi
Cis, nasib baik puasa aku sah!
Kitab feqah, sempat dulu aku tela'ah.

Tengah hari redup; macam pagi
Langit kelabu
Segan-segan Encik Matahari nak tunjuk gigi
Rongak
Taring halimunan disembunyi
Sipi-sipi
Tinggal gusi.

" Oleh itu tunggulah, semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),

  Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: ini adalah azab yang sangat menyakitkan).

  ( Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!"

Masa berlalu singkat
Lesu melarat
Suhu bertingkat-tingkat
Gatal anak
Geli-geleman tekak
Digeletek rerambut rambutan
Ganti manisan
Semalaman.

Menggeletar aku dalam selimut sengal
Dingin yang tebal
Subuh bengkak
Zuhur tersedak
Asar kelaparan
Maghrib makan-makan
Isya' kemas
Ramadhan

                      TIGA BELAS

Nombor agung penyembah Azazil
Tapi bagi kita nombor ganjil
Rasanya elok Lailatul Qadar
Kita tunggu dengan zikir.

Rizzy ft. Cahaya Kekasih
13 Ramadhan 1431 / 23 Ogos 2010
23:59pm

Monday, August 23, 2010

DUET: dRama(dhan) 13



Hilang
Siangku separuh masa
Pagi berteman bekas kekasih
Tersenyum manja.
Cerpen Gadis Kebaya Biru
Kuembed dengan video berlagu
Syahdu puasaku.

Kemas bilik jiwa
Susun perabot nafsu, buang sawang malas
                   Menyerlah kemasan siling emas
Sapu habuk dengki, mop lantai rebel
                   Berkilau licin lantai marble
Nyalakan lilin aromatherapy
Sesegar bau-bauan diri
Mainkan muzik suci
Setenang bunyi-bunyian hati.

Qiraat dalam bersin
Setengah Yaa Siin ke hujung Shod
Tersangkut lalai Zuhurku
Ke Asar.

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata...!

 Dan: hendaklah kamu menyembahkKu; inilah jalan yang lurus."

Sedut-sedut nafas yang berbaki sangkut-sangkut
Aku takut dalam sunyi mengugut lemahku semput
Air soya memecut
Dalam perut ia memeluk segala kering hatiku lembut
Terawih bersujud, moreh mengikut-ikut...!


Rizzy ft. Cahaya Kekasih
12 Ramadhan 1431 / 22 Ogos 2010

Sunday, August 22, 2010

DUET: dRama(dhan) 12



Bingkas kumelompat
Bergegar Nokia menjerit kuat
Cikgu Adib sampai pukul empat
Api lari takut melihat
Kekacakan beliau yang hebat.


Langkah tak jejak
Terapung  dimensi tiga bersegi
Selari
Mimpi-mimpi realiti rabun
Dianyam ilusi
Duniawi.


Kelas storyboard  pun start
Dalam pelikat kuajar silat
Satu, dua, tiga, empat
Hah! Hah! Kan kau dah dapat...!


Berdesing
                   Nyaring
Ngilu telinga kiri
          Berpusing-pusing
Naik ke muka
              Turun kepala
Sengal otak
            Mata bengkak
Puasa gering
              Solah terbaring.


Malam ke-12
Walau malas tetap kena bingkas
Berdas-das raka'at jangan terlepas
Kau bikin panas dalam neraka bertambah gas-gas!

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."

Rizzy ft. Cahaya Kekasih
11 Ramadhan 1431 / 21 ogos 2010
23:58pm

Saturday, August 21, 2010

DUET: dRama(dhan) 11



Sepuluh
Aku rempuh penuh baringbaringan
Bacabacaan melintas patah keringkeringan
Perut perutan
Kosong.

Hari ke sepuluh, aku toleh belakang
Tengok-tengok ada tak yang lompang
Idea kontang
Kering longkang
Aku paksa
Pasakkan kata-kata
Gila.

Jumaat kedua  hancur
Penuh bocor puasaku dengkur
Megukir teritori sekata
Tiga empat lima tetap jadi masa.

Lepas pukul dua
Postman balik masjid
                       Selesai yang wajib
Aku daftar jadi penunggu setia
Terpacak
               Tunggu surat cinta
Terjun langit tujuh lapis
Road block, speed trap tak habis-habis
Resit saman berjela
Tiada kos penghantaran
Tuhan kata nak bagi percuma
Sampai-sampai semuanya berganda
Juling mata
Semua angkara leka
Hanyut dalam lena.

‘tho siin mim~’
Retinaku fokus tak lepas
Mengimbas satusatu kertas
suci ,bernas.
‘Maka  ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: bersujud,
Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,
Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun..’


Rizzy ft. Cahaya Kekasih
10 Ramadhan 1431 / 20 Ogos 2010
 23:45pm

Friday, August 20, 2010

P10PP: MATI KATAK


Katak iri
Katak dengki
Katak suka buli.

PANG!!

Katak mati.




20 Ogos 2010
15:45pm

* kempen 10 patah perkataan kapasitor

DUET: dRama(dhan) 10


Kosong satu dua
Berakhir dengan tiga
Nombor aku dail dalam malas
Panggilan tak berjawab
SMS tak berbalas.

Jauh tenggelam menyelam
Dasar lena kugenggam
Jaga terdengar something nyaring
Microwave berbunyi bising
Dering.

Sah kau lena!
Mimpi bidadari syurga
Niat hati nak gerak
Mana tahu Zuhur terlajak
Masuk Asar baru dapat
Cepat-cepat
                      Nanti lewat
Dalam neraka kena sebat.

Juzuk tujuh belas kemas kupintas
Meniti alifbata Al-Anbiyaa' ke Al-Hajj

"Dan berapa banyak kampong sebelum kamu telah Kami binasakan?"
"Sesungguhnya manusia itu sentiasa kufur..."

Jika semalam sayang hilang
Hari ini aku rasa ia datang
Kembali ke lubuk asal
Berbekas tempat tinggal
Tak kenal maka tak cinta
"Better late than never..."
Langsung lupa
                        Tak mencuba
Dekati Pencipta.

Terawih kuakur
Morehku Kapasitor
Sampai sahur.

Cahaya Kekasih ft. Rizzy
9 Ramadhan 1431 / 19 Ogos 2010
22:00pm

Thursday, August 19, 2010

DUET: dRama(dhan) 9


Ibarat henset low bateri
Aku mati sementara menanti
Gelincir mentari.
Di luar sana riuh rendah, beli tak reti blah
Mana satu nak makan makan, nanti buka buka puasa
Kuih muih, lauk ikan, nasi nasi, air kelapa
Semua nak simbah dalam lohong lohong kosong yang lama melopong
Pilih jangan tak beli,
Beli nanti menyesali.

'Dan janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-rang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, Syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya...'

Dengan tunjang yang masih berbisa
Bergelodak angin
Berlawanan perut
Lalu ketahanan lelah dicerut lemah
Panas hujan aku redah
Perlu
Demi ibu
Dan sepasang kebaya biru.

Baryani ayam
Jeli kelapa
Usus meragam
Padan muka.

Mendung menyambut leka leka hati
Guruh guruh marah dalam seni
Masjidmu dalam muka TV
Solahmu tertinggal
Di PC dan lappy.

Rizzy ft. Cahaya Kekasih
8 Ramadhan 1431 / 18 Ogos 2010
23:39pm

Wednesday, August 18, 2010

DUET: dRama(dhan) 8


Mengiring
                   Terbaring
Dalam perit aku conteng
Biar otak kosong
Diari tak lompong
Sehari pun.

Elektrik sedarku menyala
Menerjah cahaya ke mata
Dua lima belas bersambung
Jadi tiga empat lima
Kurenung tembus
Helai surah Yusuf
"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk padaku memberi hormat"
Kumengeja dan terbisik makna
Ke hati yang penuh sawang; cerita Yusuf dibuang
Sunyi bilik menadah sepi bernyanyi
Perut nan gersang.

Bila Tuhan bagi sakit
Dia nak kau ingat sikit
Hidup tak selalu indah
Mesti ada musibah
Moga terhapus  dosa-dosa kecil
Terhakis
Setiap keluh nafas menggigil.

"Subhanal malikil ma'bud...!"
Kusambut bersulam nafas semput
Terawihku duduk
Morehku batuk-batuk.

Cahaya Kekasih ft. Rizzy
7 Ramadhan 1431 / 17 Ogos 2010
23:21pm

Tuesday, August 17, 2010

DUET: MARI BERHIAS



Dandan kehidupan
Kerna cantik itu indah
Jangan dipandang mata sebelah
Berat setengah
Ikhlas memuji iri
Memadam hasad
Membersih dengki.
 
Solek jati diri
Letak celak suka berbudi
Siapa tidak terpikat, buta hati
Buta mata apatah lagi
Akal menyangkal cantik saja
Budi bahasa tolak tepi.

Cahaya Kekasih ft. PakTam85
15 ogos 2010
00:45am

p/s: sorang lagi kawan kat kapasitor


DUET: dRama(dhan) 7




Demam aku kering
Ditiup pawana perut mungil
Setitik pun; tercicir
Sahurku hilang dalam sakit pinggang
Melentang.

Berat mendukung sakit
Kepala senget
Bersarang tiga Cranial
Rentap lima Trigeminal
Repek mimpi berjangkit
Tak daya aku bangkit.

Lidahku terbelit disimpul harfi harfi
Yang bersambungan membentuk Kalam sakti
'demi Al-Quran yang sangat cerdik (hikmah)'
Dia maha melihat
Maha memberi
Maha meneliti
Aku yang lalai membunuh diri
Dalam ruang waktu
Tiga dimensi.

Sedar-sedar pukul lima
Dalam payah aku paksa berjaga
Tendang tulang belakang
Bengkok saraf tunjang
Sengal setiap denyutan
Menyengat seluruh badan
Kerana dia, sakit aku tak ingat
Rindu pada bacaannya-SANGAT
Di alam maya: hanya ada gelak tawa
HAMPA.

Rizzy ft. Cahaya Kekasih
6 Ramadhan 1431 / 16 Ogos 2010
19:06pm