Monday, May 10, 2010

SEKSA BAHAGIA



aku menangis kali ini. betul-betul.
mungkin aku sudah gila. benar-benar.
puas aku mencari punca. sungguh-sungguh.
jawapan masih pergi. jauh-jauh.


aku tak pernah rasa bahagia yang sebegini seksa.
sumpah.
ini kali pertama.

9 May 2010
20:31 pm

Saturday, May 8, 2010

SRIKANDI HATI




siapa dia wira hati saya
penyejuk jiwa lara
pemangkin ceria
peneman setia


wira hati saya
jangan pandang dia sebelah mata
susuk kecil secomel tuan empunya
menggendong semangat kesatria
sekuat tenaga
terang suria berbunga-bunga
lembut dijentik gugur kelopak
tergarit kulit tercalar permukaan
luka luar berparut hilang
luka dalam berdarah tak henti


itu dia wira hati saya
kawad terus ke depan
redah belantara
penghalang laluan ditentang
ditebas tenang
diikat akar menjalar kesabaran
misi penaklukan sendirian
bukti sebuah ketabahan
pahit semanis senyuman


selayaknya iktiraf wira hati
tak tertanding; seorang srikandi.


8 Mei 2010
13:20pm



p/s: Selamat Hari Ibu, mak! adik sayang mak :)



happy mother's day, mum!!!
memang adik dah lama nak tulis puisi baru utk mak memandangkan adik mmg x puas ati [+segan sendiri =_=!] dengan puisi "terima kasih, ma" yang adik buat sempena hari ibu 2002 dulu..karya pertama...sangat teruk...tapi itulah titik bermulanya adik terjebak dalam dunia penulisan ni....yes, i am inspired by your spirit!!!
i pray for your health+happiness...together we continue our journey in life..we've gone through almost everything that nothing can stop us from keep on moving forward... i'm so proud of you..you're my super hero...my idol

Thursday, May 6, 2010

JANGAN PANGGIL LAGI, SAYANG.




aku yang kamu panggil sayang
membuang janji semalam
tersadai dalam longkang
berlumur hitam
bukan kerna sayangku hilang
tapi cintamu yang terpadam
lalu amarah menjulang
aku alirkan ke sebuah kolam
suam dalam ruang

aku yang kamu panggil sayang
bukan mencabar ego lelaki
beku ditimbus salju
cuma emosi perempuan
sayu dihembus bayu
mengekori langkah kaku
langkah yang selalu kamu pinta aku tunggu
tidak lama dulu sebelum kamu berlalu
tanpa restu

aku yang pernah kamu panggil sayang
ingin tolak awan kelabu
gantikan kosong langit biru
dengan lukisan pelangi baru
calit-calit warna senyumku
tanpa kamu.

6 May 2010
00:20 am